5
Bahan-bahan:
400 gm daging kisar
3 camb rempah kari
300 g bawang besar, dadu
3 ulas bawang putih + 3 biji bawang merah + 2 cm halia, kisar
3 camb minyak
250 ml air
45 kpg biskut cream crackers
300 ml susu cair + 400 ml santan (1 kelapa)
6 biji cili merah, cincang
6 tangkai daun bawang, cincang
4 biji telur, pukul
4 camb mentega
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuat:1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau 3 minit. Tuangkan air, kacau sekali-sekala.
3. Bila kering, masukkan bawang besar, garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga bawang layu kemudian angkat.
4. Alas dasar tin 25 cm dengan foil. Lengser marjerin.
5. Celup beberapa keping biskut dalam campuran susu-santan, susun di dasar tin (9 keping setiap lapisan).
6. Taburkan 1/5 daging, daun sup, cili dan telur. Ulangi hingga 5 lapisan yang sama.
7. Tuangkan baki santan-susu hingga separas biskut. Letak mentega di atasnya.
8. Bakar pada 200 C selama 45 minit atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.

Post a Comment

Utk makluman kalian, resepi ini diambil daripada buku saya 'RESIPI PILIHAN KELUARGA' terbitan Pustaka Zaman (2001).

ooo...yang kita saya dan kawan dok buat back when we were studying in UKM..tapi we called it pie cracker :) saja nak bg glamorous skit nama dia.. :)

instead of using serbuk kari, we used oregano, black pepper and paprika..

alamak! saya keliru, saya nak skodeng blog yang mana ya? aktif banget ni :)

salam kak norz.

terliur sis tgk murtabak ni.nnt bila2 sis p umah kak norz kene buatkan tuk sis ek.

terima kasih kongsikan resepi ini. Sedap. Moga jadi ilmu bermanafaat pengiring jalan ke Jannah. Insyaallah