9
Salam semua.

Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang novel Sewangi Kasih-Konflik Terakhir yang boleh kalian pesan melalui emel kepada saya. Bukan kisah novelnya, tetapi perihal penghantaran melalui pos (biasa). Supaya dapat menjual pada harga RM15, saya fikirkan, apa salahnya saya kirim novel menggunakan pos (seperti surat biasa). Andaikata melalui Poslaju atau Kiriman Berdaftar, tentulah lebih mahal daripada RM2 dan terpaksalah pula saya menjual novel tersebut pada harga yang lebih tinggi.

Bagi setiap 100 buah novel yang saya kirimkan, tahukah kalian bahawa 10 buah hilang dalam perjalanan! Pada fikiran saya, tentulah buku-buku tersebut dicuri oleh seseorang. Saya tidak menuduh melulu kepada pihak Pejabat Pos kerana buku-buku itu mungkin telah sampai ke destinasi (pejabat atau kilang atau rumah sewa) tetapi diambil oleh orang lain. Siapa, ya?

Apa yang lebih memeranjatkan, salah seorang blogger memesan 2 buah novel. Saya bungkus elok-elok dengan kertas minyak warna coklat, lekatkan dengan cellotape khas untuk parcel dengan setem RM4. Hendak tahu apa jadi? Blogger itu emel dan kata dia hanya terima sebuah buku! Saya tanya, berapa ringgit setem pada bungkusan itu? Dia kata, setem RM4. Jadi, sahlah memang saya kirimkan 2 novel - kenapa tinggal satu saja? Siapakah yang membuka bungkusan, mengambil satu novel kemudian membungkus kembali dan mengirim pada alamat tersebut. Ataukah orang lain di pejabat blogger yang mencurinya? Siapa nak jawab?

Kesimpulannya kini, jika hendak mengirimkan apa-apa melalui pos, gunakan Poslaju atau Registered Post. Harga yang kalian kena bayar perlu dinaikkan untuk menampung kos ini. Memang manusia zaman ini tidak lagi amanah...!!


Post a Comment

This comment has been removed by the author.

memang susah kalau ada orang yang tidak amanah..minta-minta orang tersebut sedar akan perbuatannya..

Lagi satu kak Norz, kalau hntr nvl, pastikan akak tulih nama penerimanya siap2 beserta sain..Nak tulih alamat umah pun tak apa.. Atau dulu masa sekolah2 kita selalu tulis pd buku latihan " Buku ini kepunyaan...bla bla bla "

Nnt sesapa yg gatal tangan mencuri tuu.. malu sendiri aa. ambik buku tanpa izin (curi)tapi bukan nama dia ada dalam tu. Itu pun kalau tau malu la.. alahaii

salam kak lina :)

susah kalau dah tak amanah dan lagi susah kalau dia barada di sekeliling kita. nak tuduh sembarangan tidaklah tapi kalau dah macam cerita kak lina tu saper nak jawabkan.

alhamdulillah novel saya dah selamat saya terima.. jumpa in person lagi ngan kak lina :)

mekasih kak.

~ ila ~

ha kak betul..
saya pun kan akak dah kirim dua kali tak silap sy kan?
ermm..kali kedua selamat diterima wpun mmg sah2 kene buka.. pasal buku tu sampulnya udah koyak :(..
dah ada sedikit kecacatan pada novel tu. wlabagaimanapun..novel tu tetap boleh dibuat koleksi abadi...

saya rasa org pos yg tak amanah!!mustahil la kan kak mesti ada SESUATU..

kes tak amanah ni dh lama sgt bermaharajalela..dlu pon parcel yg mak mimi pos diselongkar olh org2 yg tak amanah..ilang t shirt..brg len ade plak tp parcel tu nampak sgt dh diusik..tatau la sapa punya kje..tu pos laju tu..so skg susah nk caya..

beg kat epot pun kena selongkar beb.. :(

bkn combi tp kawan..

adoi lah.. teruk nyer.. mmg susah nak wat bisnes cara pos ni eh.. huhu..

Salam,

Ingat saya aje ada masalah 'kecurian' novel ni. Kak Norz pun sama ya.

Siapalah yang tak amanah ambil hak orang tu... :(