6
Senibina Eropah yg menarik dalam suasana dingin menambahkan lagi keseronokan berada di Colmar Tropicale, Tanah Tinggi. Jika dari Kuala Lumpur, simpangnya di sebelah kiri Lebuhraya Karak (kira-kira 8 minit dari simpang ke Genting Highlands).

Betul-betul seperti bangunan istana - seumpama dalam hikayat cerita-cerita dongeng. Namun, jika menjamu selera di situ, bersedialah untuk "terkejut" dengan harganya...

Japanese Tea Garden yang dipenuhi kolam, bunga-bungaan dan pelbagai pokok eksotik tanah tinggi. Minum teh gaya Jepun sambil menikmati panorama yang mempesonakan.

Rabbit Farm di mana anda boleh bermain-main dengan arnab. Malangnya, ibubapa kurang beri pengawasan pada anak-anak mereka yang 'membuli' arnab-arnab di sini tanpa belas kasihan...!!

Makan pizza & fries yang ternyata memang menyelerakan kerana suasana santai dengan alunan gitar irama life daripada beberapa orang anak muda berbangsa Filipina...

Post a Comment

adehhhhh teringin nak gi sini tp lom tercapai lagi...

salam kak lina...whaaaaa..mcm bestt jee.....Arnab tu cute2nyaaa, tapi kak lina kata arnab tu kena buli, rasa simpati pulak kann....

salam,
memang seronok kalau dapat meluangkan masa dan berehat bersama keluarga. Lebih-lebih lagi ditempat-tempat yang menarik.

Nice blog and very informative.

AKO >>

Dekat aje tu...jom buat rombongan gi sana, hehe.

Mat Gebu >>

Memang dahsyat budak2 tu ambik arnab, kemudian hempas2 la, pijak ekor dia...ibubapa pandang aje. Gerammm betul akak. Nak ditegur, anak orang. Semua arnab lari ke bawah tempat tidur, menyorok sebab trauma dengan cara budak2 tu 'bermain kasar'.

DrSam >>

TQ for your visit.
Banyak tempat2 menarik dalam negara kita, waiting to be explored...