16
Membawa bekalan ke sekolah mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan kerana masakan itu disediakan oleh ibu sendiri. Bukankah air tangan ibu penting dalam mendidik anak-anak yang akan patuh dan membalas kasih sayang yang ditunjukkan?

Biarpun hanya dua keping roti bersapu mentega/majerin dengan taburan gula, jem atau serikaya, ia lambang sebuah kesinambungan antara anak, ibu dan keluarga secara keseluruhan. Tentu sekali bagi ibu-ibu surirumah sepenuh masa, tiada masalah kerana mereka tidak perlu bergegas ke pejabat. Bekalan yang lazimnya dibawa selain sandwich adalah nasi atau mi serta mihun goreng. Dengan campuran udang atau ayam dan sayur lain, ia hidangan yang sempurna. Jika anda menyediakan semua bahan asas terlebih dulu - kisar bawang, potong sayur dll - masa menggoreng tidak sampai 15 minit.

Apa yang paling penting bila menyediakan bekalan anak ke sekolah?
* mudah - tidak rumit untuk dibuat (jimat masa)
* murah - menggunakan bahan asas yang mudah diperolehi (jimat wang)
* seimbang - mengandungi karbohidrat, protin dan zat lainnya

Sumber karbohidrat selain roti putih atau wholemeal (gandum tulen) ialah roti pita, croissant, ban. Sandwich yang biasa selain sardin atau tuna, ialah telur rebus yang dicampur mayonis dan thousand island dressing atau telur scramble. Untuk kelainan, belah 2 roti pita dan sumbatkan dengan isian yang disukai oleh anak-anak. Jangan lupa salad, timun atau tomato untuk zat tambahan.

Jika membuat nugget atau sosej goreng, pastikan ada mafin lobak atau roti dengan keju serta buah (epal, oren, pisang) yang mampu memberi diet seimbang untuk anak anda. Sekiranya anak hanya suka makan telur dan ayam, misalnya, ciptakan kelainan. Contohnya, bila membuat telur dadar, campurkan dengan sedikit parutan kentang atau pasta rebus (karbohidrat memberi tenaga). Selain digoreng, ayam boleh direbus, dikukus atau dibakar. Jangan putus asa memperkenalkan makanan lain dalam jumlah yang sedikit pada mulanya. Ini adalah kerana sesetengah kanak-kanak memang sukar tetapi keadaan ini selalunya berubah bila mereka meningkat dewasa.

Pastikan juga bekas makanan dan minuman menarik supaya anak-anak gembira membawanya ke sekolah. Jika anak suka berkongsi makanan dengan rakan-rakan, apa salahnya memberi dia bekalan yang lebih? Andaikata anak anda memberi bekalannya pada kucing pada waktu rehat, beritahu dia betapa penting makanan tersebut untuk dirinya sendiri. Sikap penyayang baik tetapi harus kena pada tempatnya.

Ajak anak-anak ke dapur untuk membuat brownies, biskut dll yang boleh dibawa sebagai bekalan. Ini akan menyemaikan rasa tanggungjawab di samping dapat memupuk semangat yang baik. Tidak salah memberi duit tetapi haruslah menggalakkan dia menabung dan berjimat cermat. Elakkan dari membeli jajan yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan pengawet serta pewarna tiruan. Ajar anak-anak dengan cara yang berhemah dan lembut supaya mereka tahu bahawa perhatian yang anda tunjukkan adalah demi kasih sayang pada mereka.

Post a Comment

Akak thanks. kadang-kadang kita dah lupa. bila org ingatkan balik camni, barulah tersedar.

persediaan awal tuh penting.mcm bawang dah siap dipotong atau blend...sayur siap basuh...buat waktu mlm atau weekend ...dah tentu tak terkocoh-2 nak buat pepagi buta utk bekalan anak ke sekolah ...tajuknyer senang..malas atau rajin jer...

Akak, terkenang waktu dahulu..saya bawa bekal nasi putih, ikan selar goreng dan kicap sahaja. Abang selalu mengajak saya makan di belakang sekolah waktu rehat...

klu ank2 lin suke bwk roti dgn cheese saje..ltk lg mayonaise..x ke berat sngt tu kan...tp ank2 suke...

kadang2 macamana ek?rasa cam malas nak buat..lagi2 kalau terkocoh2..bila ada baby lagi rasa cam tak sempat je nak masak.

Mula-mula macam susah tapi kalau dah biasa jadi mudah..saya dah amalkan bawa bekal anak ke sekolah sejak dari anak sulung darjah satu..sekarang dia dah darjah 6..kadang-kadang dia siapkan bekal sendiri waktu malam..

setuju!..mule2 mmg susah..tapi alah biasa tegal biasa..lama2 kita akan rasa biasa dan seronok buat semua tu..semuanya demi anak..kita akan dapat tengok hasil penat lelah kita tu satu hari nanti..:)

Emblem of Purity >>

U r welcome. Sama2 kita dpt manfaatnya. Ingat-mengingati tu kan bagus?

Mummy SGTv >>

Setuju sgt. Kalau takder idea, kena tulis menu sepanjang minggu atau bulan. Dapatkan idea dr anak2 apa yg mereka suka bawa. Planning tu penting.

Enche's >>

Zaman berubah sudah...anak2 skrg lebih gemar nugget, burger & sosej. Akak pun teringat time dulu2 Bengali aje jual roti, susah nak dpt, tak mcm skrg.

SiS-lin >>

If anak2 suka, tak apa. Tapi if mereka obese, kena go slow on the cheese. Letak kepingan ayam (ready-made, frozen) pun ok.

Anonymous >>

Make a point, buat bekalan 3 atau 2 kali seminggu utk anak2. Cuba resepi mudah mcm sandwich, atau brownies, boleh bake malam. Roti dicelup telur dan digoreng (French bread) pun sedap bila anak2 dah makan ramai2.

PINATBATE >>

Tahniah kerana berjaya mendidik anak seusia muda itu untuk bertanggungjawab. Sgt mengagumkan bila anak2 remaja yg di tingkatan 3 pun tak bisa buat bekalan sendiri..

.:chEyaNtie:. >>

Pengorbanan seorang ibu akan kekal selagi hayat dikandung badan... biar susah macam mana pun, kesanggupan kita pasti akan membahagiakan anak.

I would like to exchange links with your site norzailina.blogspot.com
Is this possible?