Sunday, November 15, 2009

Bekal Ke Sekolah

Membawa bekalan ke sekolah mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan kerana masakan itu disediakan oleh ibu sendiri. Bukankah air tangan ibu penting dalam mendidik anak-anak yang akan patuh dan membalas kasih sayang yang ditunjukkan? Biarpun hanya dua keping roti bersapu mentega/majerin dengan taburan gula, jem atau serikaya, ia lambang sebuah kesinambungan antara anak, ibu dan keluarga secara keseluruhan. 

Tentu sekali bagi ibu-ibu surirumah sepenuh masa, tiada masalah kerana mereka tidak perlu bergegas ke pejabat. Bekalan yang lazimnya dibawa selain sandwich adalah nasi atau mi serta mihun goreng. Dengan campuran udang atau ayam dan sayur lain, ia hidangan yang sempurna. Jika anda menyediakan semua bahan asas terlebih dulu - kisar bawang, potong sayur dll - masa menggoreng tidak sampai 15 minit. 

 Apa yang paling penting bila menyediakan bekalan anak ke sekolah?  

* mudah - tidak rumit untuk dibuat (jimat masa)
* murah - menggunakan bahan asas yang mudah diperolehi (jimat wang)
* seimbang - mengandungi karbohidrat, protin dan zat lainnya

Sumber karbohidrat selain roti putih atau wholemeal (gandum tulen) ialah roti pita, croissant, ban. Sandwich yang biasa selain sardin atau tuna, ialah telur rebus yang dicampur mayonis dan thousand island dressing atau telur scramble.  

Untuk kelainan, belah 2 roti pita dan sumbatkan dengan isian yang disukai oleh anak-anak. Jangan lupa salad, timun atau tomato untuk zat tambahan. Jika membuat nugget atau sosej goreng, pastikan ada mafin lobak atau roti dengan keju serta buah (epal, oren, pisang) yang mampu memberi diet seimbang untuk anak anda. Sekiranya anak hanya suka makan telur dan ayam, misalnya, ciptakan kelainan. 

Contohnya, bila membuat telur dadar, campurkan dengan sedikit parutan kentang atau pasta rebus (karbohidrat memberi tenaga). Selain digoreng, ayam boleh direbus, dikukus atau dibakar. Jangan putus asa memperkenalkan makanan lain dalam jumlah yang sedikit pada mulanya. Ini adalah kerana sesetengah kanak-kanak memang sukar tetapi keadaan ini selalunya berubah bila mereka meningkat dewasa.

 Pastikan juga bekas makanan dan minuman menarik supaya anak-anak gembira membawanya ke sekolah. Jika anak suka berkongsi makanan dengan rakan-rakan, apa salahnya memberi dia bekalan yang lebih? Andaikata anak anda memberi bekalannya pada kucing pada waktu rehat, beritahu dia betapa penting makanan tersebut untuk dirinya sendiri. 

Sikap penyayang baik tetapi harus kena pada tempatnya. Ajak anak-anak ke dapur untuk membuat brownies, biskut dll yang boleh dibawa sebagai bekalan. Ini akan menyemaikan rasa tanggungjawab di samping dapat memupuk semangat yang baik. Tidak salah memberi duit tetapi haruslah menggalakkan dia menabung dan berjimat cermat. 

Elakkan dari membeli jajan yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan pengawet serta pewarna tiruan. Ajar anak-anak dengan cara yang berhemah dan lembut supaya mereka tahu bahawa perhatian yang anda tunjukkan adalah demi kasih sayang pada mereka. 


 

Wednesday, September 9, 2009

NAMA SYAITAN dalam SURAH AL-FATIHAH

 

Semoga boleh dimanfaatkan, Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. 

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. 

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH 

2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 

3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 

4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 

5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS 

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! 

7) SIROTHOLLAZI........sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. 

8) AMIN, hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA.... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Tuesday, March 3, 2009

Warkah Cinta

 

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ? Masa umur 19 tahun
2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ? Tiada - hanya kata-kata puitis yg menyentuh jiwa.
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ? Tiada - siapa yg mampu, ada kertas wangi, beb.
4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ? Ada beberapa helai, tak semua.
5 - Ada disertakan gambar ? Tiada - klise sangatlah.
6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ? Tidak - dah koyak setem buat collection.
7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ? Simpan buat kenangan (untuk Muzium Cinta ker…?)
8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ? 10 November 1982
9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ? Anak, masa mula-mula posmen hantar, emak baca dulu...huhu!
10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ? Bergantung pada siapa yang menghantarnya, dan betapa taksub anda mencintainya...fuhh!

Tuesday, February 24, 2009

Novel 'Cuma Dia'

 

Hampir 70 jam selepas menghabiskan novel, rasa rindu pada Dalila, Iqbal, Nina, Farish, Mimi, Ikhwan, Jenny Tan dan Meor Hassan begitu menebal. Tiada dapat lagi menghitung hari bersama mereka, makan di restoran atau kafe yang mereka gemari, melihat pemandangan cantik dan melalui malam-malam yang menggamit kenangan terindah...

Mungkin perasaan begini juga 'terpaksa' ditempuhi oleh ramai novelis di luar sana kerana watak-watak 'ciptaan' di dalam novel telah menjadi sebahagian daripada diri sendiri. Novelis sama-sama mengecapi pengalaman yang dilalui oleh watak dan penuh dengan rasa kasih, benci, sayang, rindu atau bosan. Malah novelis menyelami setiap kegembiraan, kesedihan, kemurungan atau keseronokan watak.

Perjalanan watak yang penuh intrigue, adventure dan suspens membuat novelis gementar dan jiwa sama-sama dihambat perasaan sedemikian. Bayangkan setiap hari selama hampir tiga bulan, menganyam rasa dan membuai naluri bersama mereka. Sebagai novelis, sepanjang masa menulis novel, mampu 'masuk' ke dunia imaginasi cum realiti kerana sesebuah novel merupakan extension kepada apa yang tersirat di dalam diri (atau apa yang didengari, hehe..!!).

Saya kagum dengan novelis yang mampu menulis tiga buah novel sekaligus. Saya ibaratkan minda seperti mempunyai tiga buah bilik. Bila menggarap novel pertama, masuk ke minda 'bilik A'. Seterusnya, tutup pintu dan masuk ke minda 'bilik B' untuk novel kedua. Nampak sukar tetapi semuanya bergantung pada semangat dan sejauh mana seseorang novelis ingin mencabar dirinya sendiri...

Thursday, January 22, 2009

Galeri Perfileman Malaysia

Pintu masuk ke Galeri Perfileman yang terletak di Jln Pahang Kecil (simpang pertama selepas lampu trafik masuk ke Tasik Titiwangsa). Jalan masuknya kecil, menghala ke banglo2 persendirian dan parking merupakan masalah besar sekiranya ramai yang berkunjung ke sini. Banyak peralatan kamera dari zaman 50an sehingga kini dipamerkan. Suasana sebenar dunia lakonan dengan pengarah, penolong, juruteknik lampu dll. Sangat bermanfaat bagi sesiapa yang menggemari filem dan cara pembikinannya. 

Pintu masuk ke Galeri Perfileman yang terletak di Jln Pahang Kecil (simpang pertama selepas lampu trafik masuk ke Tasik Titiwangsa). Jalan masuknya kecil, menghala ke banglo2 persendirian dan parking merupakan masalah besar sekiranya ramai yang berkunjung ke sini. Banyak peralatan kamera dari zaman 50an sehingga kini dipamerkan. Suasana sebenar dunia lakonan dengan pengarah, penolong, juruteknik lampu dll. Sangat bermanfaat bagi sesiapa yang menggemari filem dan cara pembikinannya. Foto artis-artis yang terkenal dari zaman filem hitam-putih. 

Baris atas, no:4 dari kiri, Datuk Jins Shamsudin. Filem2 Jefri Zain (ala spy 007) ketika itu sangat diminati ramai. Ramai bintang2 filem lama yang berbakat besar dan ada di antara lakonan mereka yang benar2 menyentuh jiwa. Foto pelakon terkenal beberapa dekad menghiasi dinding. Terdapat juga bahagian di mana dipamerkan piala2 Festival Filem Malaysia. Foto favourite saya, Balairong Seri tempat Sultan bersemayam. Inilah satu-satunya set menggambarkan keadaan Sultan bila bersemayam di atas petarana baldu kuning bertekad benang emas dan bertatah permata manikam. Ukiran di dinding lambang seni halus pertukangan Melayu.  

:: Memang kunjungan ke sini mengembalikan nostalgia ::

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...