10
Makan tengah hari di sebuah restoran tidak jauh dari Guoman Hotel. Malangnya, masak lemak cili api ikan patin tidak pedas langsung dan mematahkan selera. Ramai orang berpendapat, makanan di PD tak begitu menyelerakan, tiada restoran yg betul2 outstanding....harap ada yg beri komen (jika boleh recommend restoran/gerai yg bagus).

Restoran ikan bakar berhampiran sebuah temple besar (jalan ke Teluk Kemang, berdekatan roundabout) boleh dikirakan enak juga tetapi masih kurang umphh. Malam minggu memang penuh dengan pengunjung, bersedialah untuk menunggu hidangan selama 1 jam!

Bersama 'geng' di Taman Teluk Kemang. Ada keramaian - pameran, pertunjukkan kebudayaan, menaiki kuda, jualan dll. Orang teramatlah ramai. Ada yg berkhemah dan berkelah. Permainan di laut - banana boat, jeti-ski dll. Panas terik waktu ni...

Tidak jauh dari situ juga diadakan Amateur Radio Reunion Day (ARRD’80). Ia adalah suatu majlis untuk mengumpulkan semua pengguna amatur radio di Malaysia – 9M2, 9W2 dan Short Wave Listener – tanpa mengira keahlian kelab. Tambahan lagi, MARES juga meraikan 80 tahun radio amatur di Malaysia. Perhubungan melalui morse code amat penting terutama bila menghadapi bencana seperti banjir atau tanah runtuh. Bagi pengguna yg mahir, dapat mengalahkan penghantaran mesej melalui sms biasa.

Pemandangan di Pantai Batu Biru sewaktu mentari sedang mengengsot ke ufuk barat. Jeti ini adalah tempat ikan-ikan segar dibawa naik oleh nelayan. Hanya ada sebuah homestay dan restoran kecil di sini. Keadaan aman.

Di jeti Pengkalan Kempas, sebuah pelabuhan yg terkenal di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sila lihat di sini untuk cerita Kompleks Sejarah Kempas. Air sungai amat keruh dan terdapat excursions menaik bot untuk mudik serta pergi ke habitat asli buaya. Pekan Kempas agak kecil (hanya terdapat dua deretan rumah kedai milik peniaga Cina).

Post a Comment

o pekan kempas sama dgn di jb..ada gak nama bukit kempas,tp x de la sejarahnye,bestnye sambil dok mkn angin,sambil menyelam sejarah lama ye kak...

sy pernah bertugas di PD sedikit masa dahulu. memang saya akui agak susah nak cari kedai makan yang betul2 kena dengan selera. kalau nk makan mskn pure n9, PD bukan tempatnya sebab rata2 penduduk bukan anak jati n9. tp sy nak rekomen satu restoren yang agak boleh tahan ( walaupun tak lah umpphh sgt ). nama restoren ni MAK MAH. terletak di tepi Jalan Pantai, kalau dr Telok Kemang menghala ke Seremban ikut jalan lama, kedudukannya di sebelah kiri jalan tak jauh dr masjid PD yang atas bukit tuh.

Sis-lin >>
Mmg menarik melawat tempat2 bersejarah nii...mujur 'cik abang' akak tu pun suka sejarah, hehe.

Anonymous >>
Terima kasih banyak2. Nanti kalau saya ke PD lagi, akan cari restoran Mak Mah tuu...

Dear akak,

So far , sepanjang pegi PD memang payah nak dapat restoren atau gerai yang umpph....

kalaulah akak ada gerai/restoren sana..sure best :)

MAK MAH... hahahha... pelik dan hairan knp ek.. restoran MAK MAH ni ramai org... bkn sedap pun bg aku la.. yg dua tahun tinggal di PD bljr di sana. mayb org suke lepak kot... iyela mcm lelaki sbb pelayan MAK MAH terdiri dikalangan ppuan... hahahhaha....

salam k.zai, saya tinggal kat PD lbh kurang 7 tahun.. restoren masakan panas yg glamer dan sure sedap ialah nasreen songkhla seafood kat area teluk kemang. kalu nasi campur pure negeri sembilan restoren jamsari kat bandar PD sblh tabung haji. daging salai masak lemak dia memang kaw habis..restoren mak mah tu memang tak sedap langsung.. hehehe..

saya akui memang sukar untuk menikmati makanan yang benar2 sedap,lazat dan tak lupa bersih diPort Dickson.Juga tak dinafikan dimonopoli oleh Pengusaha dari Siam dan Kelantan.Cuba "Laksa Syok Cafe'diLukut,PD yang menyediakan Laksa Penang,Laksa Kari,Nasi Ayam Hainan & Nasi Campur disebelah tengahari.Cuba dulu hidangan mereka.
Wassallam

salam,

akak, bulan Disember hari tu berpeluang pergi PD...Tiara Beach Resort(TBR). Ada satu tempat ikan bakar yang sedap..lebih kurang 10 minit dari TBR. Tanya guard kat situ dia orang pun tahu...

aziah