10
Seperti biasa, setiap petang kami biarkan Polo keluar ke halaman rumah...tapi pada petang itu, Polo lambat balik. Kami mencari dia di sekeliling rumah tapi tak jumpa.

Kira-kira jam 5, Polo balik sendiri sambil melangkah lemah kerana kaki kiri (belakang) dan kaki kanan (depan) nampak seperti cedera. Dia juga termuntah dan tercirit. Kami bergegas ke klinik haiwan. Polo diperiksa dengan teliti. Menurut doktor, kakinya tak cedera. Mungkin bahagian dalaman terutama hati (liver).

Jadi, doktor berikan IV Drip untuk mengurangkan bengkak hati (jika memang ada). Polo juga diberi suntikan ubat penahan sakit dan pil untuk keesokan harinya. Kata doktor, adalah biasa jika kucing cedera, ia akan tidur lama.

Di rumah, Polo nampak tak bermaya namun dia gagahkan juga berjalan ke sana ke mari atau tidur di tengah2 pintu bilik saya atau anak2. Kadangkala dia masuk ke bawah katil dan duduk diam2. Dia juga hanya minum air. Esoknya, dia bangun dan muntah. Kemudian tidur. Namun tidurnya kali ini adalah paling panjang kerana dia tidak bangun2 lagi. Anak2 dan saya menangis.

Kami kebumikan Polo di halaman rumah berdekatan pokok bunga cempaka.

:: Polo was the greatest cat that we've ever had. He died due to internal injuries. Cats can make us laugh. And cry... ::


Post a Comment

Oh, tragiknya kematian polo tu. Biasanya selalu kita dengar kucing mati kena langgar lari. Ini sakit dalaman, macam orang pulak.

Tak apalah, sabar jek la buat akak sekaluarga. Manusia atau makhluk2 lain, semuanya milik tuhan. Bila sudah sampai ajal, kembali kita kepada-NYA.

sis... apa khabar adik Polo tu ya? Anak2 sering bertanya tentang dia... pls tell Shali supaya spay atau neuter kan dia - agar dirinya terbela... jika kalau dah banyak2 dan tak larat nak bela - takut akan dibuang di pasar atau di jalanan :((

* Terus terang... saya akan jadi emosi bila dengar orang 'buang' kucing di pasar atau di mana-mana kerana tak sanggup nak bela...

Saya masih terasa sedih dengan kematian POLO kerana kami sempat membelanya... Kakaknya juga mati kerana sakit (setelah hilang selama seminggu - mungkin dikurung)Kami juga telah cuba sebaik mungkin dan bawa ke doktor 'yang terbaik' di sekitar sini... sedih sangat2 tapi kita dah buat yang terbaik kan... tinggal seekor lagi je adik beradik Polo yang masih hidup kan...

Salam takziah,
Saya dapat merasakan perasaan akak kerana dahulu sayapun pernah bela kucing yang manja, manja,manja kerana itu saya namankan dia manja. Manjapun mati setelah berhari2 hilang dan pulang sendiri ke rumah dan tidak bermaya. Manja mati digilis kereta teman serumah kerana tidur di atas tayar yang membuatkan kita sukar melihatnya..

Salam Kak Norz,
Minta maaf di atas kematian Polo. Dan minta maaf kalau kata-kata OD kat chatbox tu tak sensitif langsung. OD tulis kat chatbox dulu baru baca cerita Polo. Really sorry if I upset you.
Kami dulu pun ada dua ekor kucing. Yang anak kami panggil Bina, yang emak kami panggil Tang (BinaTang). Bina mati sebab orang bagi makan racun. Sedih betul. Bila dia tak balik ke rumah sehari suntuk, OD, emak, abah dan adik-adik semuanya cari. Dan kami jumpa mayat dia kat sebelah rumah Pak Tuk. Dah keras dah masa tu. Menangis OD dibuatnya. Lepas tu, Tang lari. Bawa diri. Sedih kak... I know how you feel. I'm so sorry.

akak... citer akak menginatkan saya pada Morish saya yang hilang dan hingga sekarang tak jumpa..(entahlah apa nasib dia sekarang.... )sedih.. saya sampai `sakit' nak dekat tiga bulan sebab teringatkan Morish... mesti menangis kalau teringatkan dia..
memang kucing ni anugerah tuhan yang cukup istimewa.... betul mcm akak kata.. dia boleh buat kita menangis.. dan ketawa...

Salam Lina, mmm I dan anak2pun pernah lalui pengalaman sama. sedih... budak2 tu nangis bila kucing kami mati. Tapi tak pernah serik, kan? Bila ada stray cat yang datang kat umah, kami pelihara lagi...

Sedihnya!! Kak Nab tau bagaimana perasaan Lina & anak2. Kami sekeluarga pun pernah mengalami seperti ini. Dah dua tahun Betty kami hilang / mati..sebab sebelum tu dia sakit & kami telah bawa Betty ke klinik. Kini tinggal 2 anaknya bersama dgn 4 cucunya utk mengubati rindu kami kpd betty.