14
Morocco Pavilion di Taman Botani, Putrajaya sebuah tempat yg indah dengan kesenian Islam. Lihat sajalah kolam di tengah2 taman.

Memang terpegun dan rasa seolah-olah berada di Timur Tengah. Ditambah dengan cuaca dingin kerana hujan renyai-renyai. Kami sekeluarga berkelah di sini - bawa nasi briyani, rendang dan acar nenas.

Lihatlah pintunya yg besar, menghala ke dalam kawasan yg boleh dilawati. Seni ukiran dan mozek begitu halus, menggambarkan keunikan yg tersendiri. Ukiran ayat2 suci menambahkan rasa murni dan keinsafan dalam jiwa.

Sebelum ke Putrajaya, singgah di Cyberjaya menjemput anak lelaki yg menuntut di MMU. Dia jarang pulang (kerana banyak assignment), jadi pada hujung minggu yg agak free, memang kami ambil peluang untuk menghabiskan waktu bersamanya...

Post a Comment

ermm..akak....morocco...dekat2 spain.. al hambra... haruslah terfikir kalo2 akak buat novellllll :) berlatar pasal morocco plakk...spain ker?

wah rupanye kt putrajaya tu ada jgk pemandangan ala morocco tu ek..slalu sggh tp x kesempatan nk lawat2 tmpt tu...

Salam Lina, ye lah. I pun tak prasan ada tempat yg menarik just nearby... Macam ni tak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan negara sendiri..

Assalamualaikum.. Salam bahagia.
Berkunjung mengutip inspirasi. Selamat terus berjuang. :)

Salam Kak Norz...
Wauuuu... cantiknyaaaaaaaaa... seni Morocco memang cantik. Ada sorang photographer kat sini, dia ambik masa 12 tahun (kot... erm... ke 12 bulan entah) untuk siapkan rumah dia mengikut seni Morocco. Pintu dia, tangga dia semuanyalah. Memang cantik. Dia buat sendiri. Murah. Tu yang lama tu.
Kak Norz... rindu lerrr

ehh ~ serupanya muka anak banak.. hiks.. ^__^ oOoOOo

bestnya ka..yani tak sempat nak gi situ lagi...apa2 pun happy holiday :D

salam kak lina...mmg cantik kann....Gambar last tu macam adik dengan kakak laaa....

Salam dari Perth. Cantiknya tempay sendiri..

salam...tatau plak wujudnya tempat ini...ada kesamaan ngan Al Hambra...ingin kembali menjejaki Al Hambra...memang cantik...tak dapat kembali ke sana...kat putrajaya pun jadi la...selamat maal hijrah yg bakal menjelang

Aslmk,
Rasanya teringin nak pergi ke sana, saya belum lagi sampai ke Cyberjaya,walaupun pernah dulu lama di KL, kini dah berhijrah ke Kedah.Salam perkenalan.

Helo,
Adakh tempat ini sesuai untukbawa anak-anak,ap aktiviti yang boleh di buat di sana? teringin juga naka kesana.
TQ

Salam,
I am proud with your comments on Moroccan Pavilion. I was the architect for it and oversees this special project personally which was commissioned by our then Prime Minister Tun Mahathir.

The ultimate beauty of Moroccan Pavilion is that it possessed a 'sculptural, quality and outstanding architectural proposition as well as it embraces symbolism or ,hidden qualities,.

Salam,

To anonymous, I am looking for the MOrrocan Pavilion architect..can you email me at tehsinmukhtar@yahoo.com?

thank you