9
Bulan Disember di pusat-pusat membeli-belah dan ruang lobi pejabat-pejabat besar memang meriah dengan pokok-pokok fir yg dihias cantik. Jika anda berpeluang ke negara barat, keadaannya lebih 'sakan' dengan lagu-lagu Christmas Carols berkumandang di merata tempat.

Di pekarangan bangunan CIMB berdekatan stesen LRT Masjid Jamek. Ramai pelancong asing mengambil kesempatan mengabadikan kenangan. Pokok fir dihias dengan pelbagai jenis bebola, riben, hadiah dll. Saya suka membandingkan efek setiap hiasan pada keseluruhan pokok.

Di Berjaya Times Square...memang 'gergasi' pokok krismasnya. Foto bawah seperti berada di angkasa dengan bintang-bintang bertaburan dan planet merah serta keemasan.

Post a Comment

Salam sayang wahai Kak Norz.

Teringat tahun 1980, sewaktu berada di Singapore, berjalan sekitar Orchard Road. Sewaktu perayaan Krismas. Meriah dengan pokok krismas. Ada pertandingan gubahan seluruh Singapore untuk pokok tercantik dan paling kreatif.

Bila saya bertanya seorang saudara, dia kata 'kalau engkau nak tau, waktu raya puasa di Geylang, boleh mengalahkan suasana Krismas di Singapore'.

Kak Norz, bagaimana kalau tahun depan kita berjalan - jalan di Singapore waktu perayaan Krismas ? Ramai saudara saya disana yang boleh guide.

kak norz, bergemerlapan bintang2 tu...

uii besau la tu...itu gambo akak d bwh tu,belum puncak nye lg tu kan...ishh meriah derang ni ek...

noor pun suka ambik gambar depan pokok yang di hias cantik begini tapi kekadang malu pulak bila orang jalan lihat semacam aje. Baru baru nie noor ambil gambar depan patong doremon yang besar setingi satu tingkat bangunan.Ishh meriah sungguh sambutan hari natal nie .

Abang Long >>
InsyaAllah, jika ada rezeki & usia panjang... Spore mmg happening & byk sales menjelang hujung tahun.

Azita >>
Rasa mcm kat Hollywood - hehe.

SiS-lin >>
Mmg sakan, almaklum ramai bangsa Cina & India juga menyambut perayaan ni.

noor >>
Org blh kata apa2 yg depa suka, pedulikan...yg penting kita sekadar mengabadikan kenangan ... kami anak-beranak kekadang posing giler2 kat poster di luar pawagam ... just for fun, kan? Bila tgk balik, gelak ramai2.

Kak Norz - Uii mmg meriah gitu.. ada pokok krismas beso2.. Tapi, Pokcik Santa Clause nye tak dak ka? hik hik..