3
Selasa lalu di Kompleks PKNS, Shah Alam. Pertemuan pertama saya dengan Juraidah dari Sekinchan. Jika kalian nak tahu, Juraidah sering mengirimkan keratan akhbar dan majalah (yg ada artikel tentang saya). Sudah lebih dua tahun kini. Ada di antara artikel yg dikirimnya itu, saya sendiri tak tahu ia keluar di dalam majalah!

Dia melakukan secara suka-suka dan mempunyai ramai kenalan di kalangan selebriti, penulis, ahli sukan, orang2 kenamaan dll. Hobinya ini begitu unik dan dia menyimpan banyak rahsia tentang mereka. Gadis ini amat peramah dan suka tersenyum. Namun dia tidak gemar makan nasi. Itulah sebabnya kami berjumpa di KFC. Sama seperti waktu dia bertemu Sri Diah tidak lama dulu. Pelbagai pengalaman menarik disimpan oleh Juraidah dan kami amat gembira hari itu.

Cikgu Azamiah (yg merupakan jiran Juraidah) menemaninya. Kebetulan dia ada hal di Shah Alam. Terima kasih, cikgu, kerana merealisasikan impian Juraidah untuk bertemu dengan saya...


Post a Comment

Wahh, glamer tul Juraidah ni.. kim salam kat dia aa.. Ada masa leh ngeteh2 ngan kita plak.. hik hik

Salam Norz;
Akhirnya bertemu juga dengan dia ya... memang dia unik kan? Saya salute dengan usahanya yang lain daripada lain. Paling kelakar apabila dia kata; "saya tak kacau orang, saya buat hal saya.. malas nak layan perangai orang, saya duduk rumah saja buat cutting paper..."

Salam saya utk Norz sekeluarga.

kak norz & kak sri bertuahnya dpt peminat yg unik.