8
Jadi, anda sudah berjaya menulis beberapa buah novel. Apa langkah seterusnya? Mungkin anda ketandusan ilham untuk menggarap karya berikutnya. Atau anda mulai merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan gaya penulisan anda. Untuk novel pertama dan kedua, mungkin tahap 'biasa' anda sebagai penulis baru boleh diterima tetapi masuk novel ketiga, pembaca mulai pandai menilai. Jadi, apa harus anda buat?

* Mencari teknik/strategi baru
Perhatikan aliran atau tendency dalam pembacaan. Mungkinkah trendnya terhadap novel2 bercorak romantik-kelakar atau berlatarbelakangkan islamic? Lebih baik menulis sesuatu yg biasa bagi diri anda - kecuali anda sanggup menghabiskan berminggu-minggu membuat penyelidikan atau research yang menyeluruh.

* Kadangkala kajian yg anda lakukan tidak berbaloi dengan pendapatan atau royalti yg bakal diterima. Ramai golongan pembaca masih setia dengan kisah2 yg agak klise dan tidak terlalu sukar untuk difahami. Secara langsungnya, kisah lelaki bertemu wanita, menjalin percintaan dan menemui tentangan keluarga adalah kisah yg tidak lekang dek panas; tidak basah oleh hujan...

* Mencari rakan seperjuangan
Beberapa novelis mungkin akan bergabung menjadi satu kumpulan kecil. Tetapi, bagaimana pula dengan nasib novelis lain yg mungkin merasakan diri mereka 'terpinggir'? Pada hakikatnya, tak perlu menuding jari pada sesiapa. Fikir sedalam-dalamnya, apakah tujuan tertentu menubuhkan 'kumpulan' sedemikian? Untuk mencari popularitikah?

* Mereka yg bergabung terdiri daripada mereka yg mengalami nasib yg sama dalam dunia penulisan. Mereka meluahkan isi hati dan dengan cara demikian, beroleh kata-kata perangsang yg akan membina semula semangat mereka. Malah kewujudan gabungan tersebut adalah untuk saling memperbaiki penulisan dengan cara mengadakan assignment tertentu.

Misalnya, jika selama ini novelis A menulis kisah romantis, dia akan dicabar dengan assignment berunsurkan novel airmata atau sedih. Jangka masa tertentu diberikan dan semua karya (cerpen) diserahkan untuk dibaca oleh semua ahli. Komen akan diberikan berdasarkan cerpen dan markah keseluruhan diumumkan. Walaupun ia mungkin cara yg unprofessional tetapi niatnya adalah untuk berlatih menulis dalam pelbagai genre.

* Dengan galakan dan sokongan teman2 seperjuangan, mudah2an seorang penulis akan terus mampu melahirkan karya2 yg menakjubkan. Kita jangan mudah 'puas hati' dengan buku-buku yg telah kita hasilkan tetapi kita mestilah terus meningkatkan pengetahuan untuk menjadi lebih gigih.

::Selagi kita memikirkan "apa orang lain akan kata.." selama-lamanya kita takkan dapat mengubah diri kita ke arah kebaikan dan kecemerlangan hakiki ::


Post a Comment

Wa ada hajat nak berkecimpung dlm dunia penulisan..tp xde kegigihan la kak..masa begitu limited...hehehehehehe

Saya tunggu je novel terbaru Norz..hehehe

kebolehan membaca saje..hehe

Oooo.. kite suka kalau dapat kumpul bersama kawan2.. Tentu ada makan2 lepas tu...hik hik. Kalau tak, ngeteh2 pun jadi la.. gegegege..

Kak Norz, Saya dalam proses penulisan Novel-saya perolehi semangat sejak jumpa Kak Norz. Plot semua 95% siap.Tapi Kadang2 masa itu cemburu dgn kita. Cuti2 ni dengan kunjungan saudara mara.Tapi saya janji say kena siapkan cita2 saya yang dah berkurun tu sblm terlewat.Kak kenal dgn Haniza Lockman?Itu kawan DBP tempat saya kerja dulu..

wawa >>
Jika ada, baik teruskan..kena curi2 masa mungkin buatkan jalan cerita (plot) secara ringkas. Kdg2 ambil masa bertahun2 untuk mula berkarya tetapi at least, plot dah siap...

kujie >>
Tanpa pembaca, siapalah penulis. Sgt saya hargainya kecenderungan kujie tu, syukur..

lynn dayana >>
Muahhs to u to, sis.

mersik >>
Ngeteh satu kemestian utk beri inspirasi menulis...kecuali dah pekena briyani gam, mata pun nak pejam!

enche's >>
Bagus, teruskan! Kdg2 dugaan dtg melanda tapi semua org harus lalui untuk berjaya. Mmg Haniza Lockman tu akak kenal, sama sekolah (MGSS) di Kuantan. Apa khabar dia, agaknya? Akak selalu juga ke DBP.

selamat berassignment...harapnya kali ni jangan ada yg termengandung lagi kerana assignement....

untuk pengetahuan Akak Haniza tu sedang bercuti sakit.Lama juga dia bercuti (yang pasti lebih dari 6 bulan). Dia ada menghubungi saya baru-baru ini.

Saya akan ke DBP isnin dan selasa ini kerana Seminar Pantun di sana.