5
Selamat Menempuh Peperiksaan SPM untuk puteri saya, Nazurah. Semoga diberikan kekuatan daya ingatan, ketenangan hati, ketajaman fikiran dan sihat sejahtera sepanjang masa serta dirahmati hendaknya. Demikian jugalah harapan untuk bloggers (ditujukan kepada anakanda atau adinda mereka) yg sama-sama 'berjuang'...


Post a Comment

Samalah saya juga mendoakan buat puteri Kak Norz dan semua yang sewaktu dengannya.

enche's >>
Terima kasih, akak menghargainya. Teringat pengalaman kita sendiri bertahun2 yg lalu, eik?

Good Luck Nazurah......Aunty Eka doakan segalanya baik-baik sahaja.

Gud luck utk putri kesayangan akak..

Ya kak. Apa yang tidak dapat saya lupakan ialah pada tahun saya menduduki SPM itulah juga Arwah Abah menyahut seruan Ilahi.Bingung kepala saya. Tapi alhamdulillah saya berjaya juga. Ada saya ciptakan puisi untuk Arwah dan puisi itu menang dalam peraduan cipta puisi ITNM.