8
Sepuluh perkara yg anda tidak tau tentang saya:
* Saya suka makan ikan sardin dalam tin jenis mackerel (karipap, sambal)
* Saya suka makanan berkacang (rojak, gado-gado, pecal, rempeyek)
* Jika tengok cerita sedih, selalunya saya dulu yg start nangis.
* Masa kecik, lepas makan malam saya terus gosok gigi, tak kiralah pukul 7 atau 8. Kalau bapa saya pulang, dia bawa sate atau mi goreng, saya sanggup tak makan...tapi, kalau dia bawa rojak, saya rela makan dan gosok gigi sekali lagi..!
* Bila memandu kereta, mesti laju dan suka membrek mengejut (asyik kena tegur dengan anak2, hehe)
* Sebaik sampai di rumah lepas berjalan ke mana-mana, ayat lazim saya: "Let's get back to work!" (tension orang dengar)
* Saya suka warna ungu sejak tulis Arca Impian (1994). Ungu adalah warna kegemaran heroinnya!
* Saya tak suka membaca sambil mendengar radio.
* Saya suka melancong kerana ia memang terapi minda yg pasti memberi ketenangan tetapi mengempiskan poket, errkks!
* Saya menghafal nombor telefon @ IC dalam Bahasa Inggeris - pelik, kan?


:: Entry ni saya buat kerana dicabar oleh anak-anak, ahaks...::


Post a Comment

barulah tahu tabie akak ni...

Ooooo.....semua tu normal lah pada seorang wanita gigih bernama "Norzailina Nordin"..betul tak, cuma part--->"* Jika tengok cerita sedih, selalunya saya dulu yg start nangis."..pesal perempuan mcm tu ek, mak yah kat rumah pun sama, sampai berhingus2....risauuu!!!!

He eh sapa budak kecik tu..

hehehe nama ek kena hafal no tipon dalam bahasa omputih? :p

yalah kan...hafal in English...perkataannya pendek-pendek kaedahnya..minda mudah rakam, hafal, recall...berbanding in bahasa nine nine nine jadi sembilan sembilan sembilan...

Salam Kaknorz..ooo baru tahu..hehe..semuanya sempurna! Dan Ummi tabik spring kat wanita gigih mcm Kaknorz nih! Muaahhh..!

Cite ungu violet akak suka tak? sbb ada ungu kat depan dia tu...