2
KUEY TEOW

350 gm tepung gandum
150 gm tepung beras
1 biji putih telur
200 ml air
garam, tepung ubi, minyak secukupnya

1) Satukan kedua2 jenis tepung, putih telur dan air, uli manjadi doh. Kemudian jerang air hingga mendidih, masukkan sedikit minyak masak.
2) Ambil sedikit adunan, canai leper sedikit. Masukkan ke dalam mesin pasta/mi pada no1 dan putar. Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya.
3) Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat. Ulangi membuat.
4) Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (untuk kuey teow).
5) Setelah air mendidih, rebus kuey teow (jangan terlalu banyak). Bila timbul, angkat dan toskan. Letak dalam dulang, tuangkan minyak dan gaul ketika masih panas.

:: sumber myresepi.com ::

Post a Comment

salam..wahhh kuew teow eh....bole try tapi tade mesin pasta laa

Asslmkm kak nor. First arrival kat blog nih. Kawan yang suggest. memang best! Boleh la belajar² masak ngan petua masak. Boleh 'ek' sikit bila balik mesia nanti. hehe..keep on posting kak nor.