2
Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Dialog Wacana Intelektual - Liberalisme dan Tamadun Melayu : Pembacaan dari perspektif future studies. Ia berlangsung di Sanggar Za'aba pada 3 Nov 08 jam 8.30 malam. Inilah kali pertama saya berpeluang bersemuka dengan Dr Abu Hassan Hasbullah (seorang tokoh Pengajian Media, Seni & Sains Sosial).

Antara lain, beliau menyentuh tentang:


1. Pentingnya mewujudkan Jabatan Falsafah di setiap universiti (negara agak 'daif' falsafah)
2. Tentang ketiadaan identiti Malaysia di mata dunia (berbanding negara2 lain)

3. Akan berlakunya catastropic disaster di negara kita kerana ada petanda menunjukkan masyarakat semakin 'keliru'.

4. Faktor asas dlm liberalisasi tamadun - bahasa, sejarah, seni & sastera, adat & tradisi, keluarga & masyarakat
5. Banyak keruntuhan atau perpecahan yg berlaku di seluruh Eropah - contoh, Bosnia

6. N
epotisme chauvinist yg membantu 'pengkayaan' individu
7. Kanun Melaka - pentingnya future studies dalam pentadbiran.

8. Bagaimana kajian tentang future studies akan membantu kita menghalang proses keruntuhan dlm pelbagai aspek, contoh skrg sudah berleluasa kepincangan sosial
9. Perlunya membina sistem kependitaan yg bergerak dari kefahaman tentang falsafah

10. Liberalisme akan tewas jika kita ada kekuatan dari segi - kebudayaan, kesenian & kesusasteraan - tetapi ciri2 ini tidak ditonjolkan dlm senibina (rujuk negara kita). Sebagai contoh, Al Burj yg tetap menggunakan senibina Ottoman.

Kesimpulannya, ia memang sebuah wacana yg membuka minda!


Post a Comment

salam...wahh pengalaman yg menarik kan....

arsaili >>
Memang mendengar bicara 'scholars' begitu sesuatu yg mengujakan tetapi kita bertanya kembali selepas tamat sesuatu wacana seumpama ini, apakah tindakan selanjutnya...