11
Hari Rabu lalu, bonda saya (65 tahun) dimasukkan ke hospital kerana demam selama 2 hari. Dia juga tidak berselera makan. Oleh kerana keadaannya yg lemah, doktor terus mengambil darah. Dia ditempatkan di wad sementara (pengawasan). Pemeriksaan darah mendapati bonda saya terkena demam denggi.

Kami adik-beradik begitu terkejut. Selama hayatnya, bonda pernah sekali saja dimasukkan ke hospital. Itupun kerana kemalangan sewaktu membonceng motosikal ayahanda (semasa saya berusia 9 tahun). Motosikal mereka dilanggar dari belakang oleh seorang wanita yg tidak membrek keretanya! Bonda tercampak ke dalam longkang tetapi mujurlah hanya muntah darah dan pulih seperti sediakala.

Boleh dikatakan, bonda sihat sepanjang hayatnya. Hanya sesekali sakit lutut kerana dia pernah berniaga kuih-muih selama hampir 20 tahun. Dek kerana bangun seawal jam 4 pagi itulah juga, dia kini akan terjaga setiap kali pukul 4 pagi!

Selama di hospital, saya berulang alik setiap hari menjenguknya. Ada pelbagai pandangan yang saya terima tentang cara mengubati demam denggi. Antaranya:
* makan sup ketam (kuahnya pun memadai)
* minum air pegaga
* minum air kurma (kurma yg dikisar atau segar)
* minum air 100-Plus

Doktor pula menyarankan, minum air masak sebanyak 2 botol besar. Bonda kata, dia jemu minum air. Setiap hari saya buatkan sup ketam sehingga bonda saya juga kata, jemu. Syukur, selepas 5 hari platelets darahnya yg menurun sehingga 10 meningkat ke 15 dan kemudian 25. Menurut doktor, jika sampai tahap 10, bonda akan diberikan darah tambahan. Nampaknya, belum sempat diberi darah, platelets meningkat dengan sendiri.

:: Esok bonda akan keluar dari hospital. Alhamdulillah ::


Post a Comment

salam..moga bonda kak norz cepat sembuh dan di rahmati Allah selalu

salam..mudah-mudahan sembuh seperti sediakala..

Syukurlah bonda kak lina dah ok, tapi kan, perihal ketam tu mmg betul, mat pernah baca sorang ni kena demam denggi dan dia cepat2 makan "ketam nipah"....Moga bonda kak lina pulih seperti sedia kala yeaa.....

salam akak...
moga2 bonda akak cepat2 sembuh ya...
byk tips leh kongsi tu...

Kak Norz ,

Kim salam kat bonda aa.. Moga cepat sembuh.

arsaili >>
Terima kasih banyak, semoga bertambah rezeki arsaili di perantauan...

pinatbate >>
Dah pun kembali ke rumah, syukur.

mat gebu >>
Thanks. Kata adik, bonda dah kembali berselera makan.

aishah@ummiaqil >>
Elok sbg panduan org lain tapi sebaik2nya kita cegah sebelum terjadi.

mersik >>
TQ. Akan disampaikan, insyaAllah. Dah makin ceria & kuat bonda akak skrg.

Hi, terlewat agaknya saya ni..! anyway, didoakan agar mak you tu cepat sembuh. saya pun ada kawan yg kena dengue, so teruk sgt, sehinggakan dia koma untuk beberapa hari, isterinya panggil orang bacakan Yassin. Alhamdulillah, sekarang dah ok, dah boleh main golf pun..! Dengar ceritanys, sup ketam adalah salah satu di antara ikhtiar yg dilakukan oleh isterinya....

Alhamdulillah bonda sudah sembuh..INA

Alhamdulillah semoga bonda di kurniakan kesihatan yang cemerlang oleh ALLAH s.w.t

salam hormat dari ku
boxhousestudio

Salam, Mungkin kala ini bonda Akak sudah pun keluar. Semoga kesihatannya bertambah baik. Tapi lepas ni Jabatan kesihatan mungkin akan dtg fogging umah Akak cepat selamatkan kucing akak...

Semoga bonda kaknorz bertambah-tambah sihat lagi...bertuahnya ada anak2 mcm Kaknorz ni, walaupun bz masih sempat memasak untuk bonda yang sakit..Moga diberkati juga buat bonda kaknorz..!