2
Kepulangan saya ke kampung mertua di Perlis begitu bermakna pada Syawal tahun ini. Saya bertemu Ezry (budak lelaki di dalam foto, bersama ibunya). Ezry sangat meminati rancangan masakan dan setiap kali semasa bersahur, dia akan menghadap tv untuk menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils. Hari cuti sekolah pula, dia akan menonton siaran pagi dan ulangannya juga!

Sewaktu saya berkunjung ke rumahnya, dia begitu teruja (dan tak sangka, mungkin) sehingga terus mencapai basikalnya dengan pantas lalu mengayuh laju meninggalkan rumah. Kami tersenyum melihat kelibatnya yg begitu terburu-buru pergi. "Mungkin dia malu," kata ibunya. Sebelum tu, dia di dapur dan ibunya telah menceritakan bahawa 'Chef Lin' ada di ruang tamu.

Ezry juga peminat Chef Liza dan semua rancangan masakan yg ditayangkan di tv. Dia bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan di UiTM Shah Alam! Masih di Tahun 3 tapi penuh dengan semangat...!!


Kisah kedua diceritakan oleh Raihan, adik ipar saya. Dia memiliki sebuah kedai menjahit pakaian. Kebetulan tak jauh dari rumah Ngah Lah, seorang lelaki yg sudah berusia lebih 60 tahun. Kata Ngah Lah, dia cukup suka menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils sehinggakan tak lepas satu siaran pun. Punyalah terkejutnya dia bila Raihan memberitahunya bahawa pengacara rancangan tu, merupakan kakak iparnya! Jadi, sehari sebelum Hari Raya, saya pun mengambil kesempatan bertemu dan berbual seketika dengannya. Ternyata dia bagaikan tak percaya...

Demikianlah antara kenangan manis yg ingin saya kongsi...dari penjual bunga di Padang Besar sehingga ke penjual tudung berbangsa Siam di Nat (pasar pagi Balai Baru), mereka menegur mesra saya kerana mengaku tak ketinggalan menonton rancangan masakan itu...mudah-mudahan kita mendapat manfaat.

Post a Comment

kak..bukan depa tu saja yang "mcm tak percaya".....pakcik pun masih "tak percaya maaaa!!!!!!"....hehehe..

salam aidilfitri buat kak norz dan keluarga.. kalau kak norz nak tahu mak sab pernah membaca karya kak norz-arjuna hati dan dia pun tak percaya bila sab katakan yg dlm rancangan MMVitaoils yu kak norz.. apapun.. selamat maju jaya!