17
Foto tahun 1969. Saya di Standard One, Methodist Girls' School, Raub, Pahang. Uniform blaus putih dengan skirt dan tali leher merah. Waktu itu kami sekeluarga tinggal di Pusat Kesihatan Dong yg terletak kira-kira 9 batu dari Raub. Ia juga menempatkan klinik untuk rawatan pesakit luar. Di situlah penduduk kampung mendapatkan rawatan pergigian, ibu2 mengandung, suntikan pelalian dan seumpamanya.

Di mana agaknya rakan2 saya yg tiga orang lagi tu? Masihkah mereka mengingati saya, agaknya? Saban tengah hari kami menunggu bas sekolah yg berwarna hitam-putih. Foto ini diambil oleh ayahanda saya pada satu hari yg panas terik (tengoklah muka saya berkerut...!)

Malangnya persahabatan kami tidak lama (walaupun tinggal di berek yg sama). Berek adalah kuarters khas untuk kakitangan kerajaan yg bekerja di situ. Pegawai yg lebih tinggi pangkatnya akan tinggal di rumah berkembar dua. Manakala doktor pula di rumah banglo lengkap dengan orang gaji dan tukang kebun. Masa ni pula, ramai doktor dari Korea yg berkhidmat di pusat2 kesihatan seumpama ini. Yg paling boring, doktor tu memelihara anjing. Kadangkala anjing itu terlepas dari kurungan dan mengejar kami yg bermain di persekitaran. Pengalaman ngeri, woo, dikejar anjing...!

Post a Comment

jejak kasih nih...
harap2 akak jumpe teman2 akak tu ya...
sure terharu yg amat...

tak perlu diperkenal. yang macam anak china muka berkedut tu mesti zai..... betul kan..?

alangkah indah nya bila memori semalam di kenang

Kak....klasik kat gambar tu, ala2 tempat Allahyarham P.Ramlee shooting filemm kan....

wow gambar camnie susah nak cari begitu nostalgia sekali. Masa 1969 kita baru berusia 2 tahun.

wahh..seronok byk simpan gambar lama.....!

tuhler kl boleh nk jgk jumpe blk ngan kawan2 lama...
mmg nostalgia kan...

aishah@ummiaqil :

Susah nak jumpa kecuali mereka (atau anak2 mereka) baca di blog nii... Akak hanya ingat budak lelaki di sebelah kanan tu, anak kepada Pak Cik Mokhati.

divahantu :
Panas woo, ari tu, tu pasal muka sememeh aje. Haha.

eids63 :
Nostalgia tapi zaman kanak2 terasa amat jauh, berbanding dengan zaman remaja, ahaks.

mat gebu :
Benar tekaanmu. Citer Seniman Bujang Lapok...tengok 100 kali pun masih kelakar...ada yg siap hafal dialog lagi.

noor :
Ada foto yg rosak jugak kerana banjir di rumah bonda saya pada 21/12/2001.

fadzilsalleh :
Semoga anak2 sekarang tau menghargai zaman mereka... Foto banyak sebab ayahanda dulu ada kamera...pantang ada peluang, berposing la kami.

shafa :
Persahabatan yg murni akan kekal sepanjang hayat. Jangan sekali-kali kita 'betray' persahabatan tersebut dgn rasa dengki atau lain2.

Harap2 anak cucu mereka pandai berblog dan selalu ke blog akak.. hik hik..

Paling tidak pun, harap2 mata mereka masih ceroh lagi untuk melihat kalau-kalau Kak Norz muncul di kaca tiwi.. kekekek

mersik :
Kalau mereka tgk kat tiwi pun mungkin dah tak kenal kecuali diorng masih ingat nama bapak akak... Mungkin suatu hari nanti, ada rezeki dapatlah berjumpa...nak gelak2 teringat episod dikejar anjing. Haha.

Gosh, there's a great deal of helpful data in this post!
resume template free | first time home buyer | skateboard shops