7
Inilah kucing yg sudah tinggal bersama kami sejak 2 bulan lalu. Usianya hampir 4 bulan kini. Mulanya ia dipelihara oleh umi-e (3 ekor). Oleh kerana umi-e sedang mencari sesiapa yg sudi untuk memberikan tempat tinggal dan kasih-sayang pada kucing itu, shali sudi mengambil dua ekor. Seminggu kemudian shali menyerahkan kepada kami seekor. Nama kucing shali ialah Solo. Kami pula menamakan kucing di sebelah ini, Polo.

Polo sangat suka bermain (typical young boys, hehe). Ia akan mengejar kaki kita dan menggigit manja tumit. Ia sangat manja dengan Nazurah & Aqilah. Kadangkala tidur pun di atas perut Aqilah, anak bongsu saya.

Kalau dengan NY, ia gemar memegang hujung seluar dan tak lepaskan walau dia berjalan ke hulu dan ke hilir. Kami ketawa melihat gelagatnya. Kata NY, "Tengok nii! Polo berlagak macam mintak ampun..."

Balik ke Perlis raya yg lepas, Polo ikut sekali. Dalam kereta sepanjang 7 jam perjalanan, ia hanya makan dan tidur saja. Memang mudah menjaganya. Di kampung, ia berlari ke sana dan ke mari kerana halaman yg begitu luas. Dan kesukaannya ialah bermain karom! Setiap kali bunyi seseorang menjentik buah karom, Polo akan datang biar pun ia sedang makan... Selalunya ia berjaya menolak sebiji-dua buah karom ke dalam lubangnya! Memang Polo menceriakan keluarga kami...

Thanks, umi-e & shali.
Inilah kucing ke-3 yg kami pelihara setelah Quedo (mati sakit) dan Kittywit (jadi terlalu hiperaktif & ganas menggigit aje kerjanya; jadi terpaksa dilepaskan...).

Post a Comment

Sis... terharu sampai menitiskan air mata membaca n3 sis... Thanks kerana menjaganya dengan baik...

* ada n3 yang msih dlm draft tentang kakak Polo yang ditinggalkan sendirian :((

Ada yang mengatakan apabila kucing tidak dikenali menggesel-geselkan badannya ke anggota kita, maknanya kita ada perasaan kasih sayang. Benarkan begitu?

Oooo.. lepas ni tentu dia akan menebeng di tepi dapur pula, berjinak2 dengan periuk dan kuali.. hik hik.

Slmt bercoti hujung minggu..

This comment has been removed by the author.

Assalamualaikum kakak..
waaa..n3 pasal kucing,saya sangat suka..oo ni ke kucing kak e yang 3 ekor yang sgt comel tu...

lain kali kakak update lagi pasal polo ni yer...alahai...comelnya..letak la gambar lagi...
salam kenalan dari ila di sapporo,hokkaido

combi ni penakut dgn binatang..so nmpknyerr gen combi sume takut binatang walopun binatang sekiut polo :(

Handsomenya Polo, mata hijau lagi. Canggih sungguh. Memanglah, boys will be boys... tak gitu. Baiknya dia tak buat perangai dalam kereta.