3
Saya sering ditanya, di antara novel yg pernah saya tulis, yg manakah yg paling saya gemari? Jawapannya, ARJUNA HATI.

Apa yg lebih menarik, di belakang cover novel ada kata2 Prof. Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya:

Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia tetapi di antara orang Melayu dengan orang British. Yg lebih menarik peristiwa2nya berlaku di England pada Zaman Victorian dan negeri2 di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan Perlis, ketika British masih dalam proses meluaskan pengaruhnya di kawasan ini.

Usaha perintis ini memberi harapan bahawa bidang novel di negara kita semakin berani menjalankan eksperimen supaya para pembaca akan terdedah kepada proses globalisasi. Seringkali novel lebih berjaya memperkaya pengalaman seseorang daripada buku sejarah kerana novel menembusi hati sanubari manusia, manakala sejarah yg biasa disampaikan secara amoral, terpencil dan tanpa emosi tidak dapat mewujudkan perspektif yg real.

Mudah-mudahan Norzailina Nordin akan memperkenalkan pula tema2 lain yg akan membawa pembacanya ke dunia baru - lain daripada yg lazim mereka temui.

Post a Comment

Assalamualaikum,

Saya adalah antara orang pertama yang membaca novel ini. Saya mendapatkan cetakan pertama novel. Memang menarik justeru kerana saya menggemari genre sebegini.

Terasa ingin membaca buat kali ke-2.

Tahniah untuk Kak Norz.

-- Web Sutera

Huhu...otai novelis berbicara. Tahniah.

assalamualaikum,
saya adalah peminat kepada novel2 tulisan puan. saya amat meminati cara dan jalan cerita setiap novel puan. Novel Arjuna Hati ini adalah yang novel yang amat saya minati dan tanpa jemu saya baca berulang-ulang kali. Tahniah atas penulisan yang begitu kreatif dan penuh informasi.