3
Ikuti maklumat lanjut tentang novel ini:

Terbitan : Alaf 21 (2004)
Setebal : 400 mukasurat

Harga : RM14

Watak1. Azahari (Sales Exec Sykt.Peralatan Sukan)
2. Natrah (sepejabat dgn Azahari)
3. Serena Swanson (arkeologis)
4. Alex Foxworth (ahli perniagaan)

Lokasi
Tanah Melayu sekitar 1854 hingga kini (Kuala Lumpur)
Zaman Victoria England hingga kini

Nota Menarik
Berdasarkan kisah benar keluarga NY yang diceritakan oleh neneknya
Membaca tentang kerja-kerja arkeologis di perpustakaan
Pengalaman berada di luar negara sekitar 1980-83
Melakukan penyelidikan sejarah secara terperinci di internet

SinopsisDalam usaha Azahari membongkar misteri harta pusaka moyangnya Shabudin di York, England, dia telah terjerat dalam cinta terhadap Serena, anak gadis Swanson, peguam yang diamanahkan untuk menguruskan harta pusaka tersebut. Kerana menyedari dia bakal berhadapan pelbagai dugaan di rantau orang, Azahari menyediakan diri selengkapnya demi rasa tanggung jawab terhadap keluarga dan keturunan terdahulu. Namun berhasilkan misi pencarian Azahari terhadap pusaka tersebut? Bagaimana pula perasaan cintanya terhadap Natrah yang muncul pada saat-saat dia terpaksa menghadapi pembedahan kerana ulser yang serius.

Post a Comment

Saya dah baca novel ni... Best jugak...
Teruskan Menulis ye kak...
Saya suka baca novel akak...

Salam kak lin,
Kalau ditanya... antara novel kak Lin... yg mana wan paling suka.?? jawapan wan adalah "Arjuna Hati" =) mungkin kerana ia ada unsur2 sejarah... & wan sukakan 'sejarah' :-)

Buku lain yg berunsurkan sejarah (sejarah asal-usul keluarga...) yg wan suka baca adalah novel 'Warisan' hasil karya Abdul Talib Hassan.

Tahniah kak lin...!! & tak ramai penulis yang berani keluar dari sarung 'cerita cinta'... jadi kisah 'sejarah' mcm ni jarang kita jumpa (atau wan yang tak peka/tak tahu??)

Harap kak Lin akan hasilkan lagi karya semacam 'Arjuna Hati'

=)
(sekadar pendapat 1 sen wan)

setakat ini, novel Arjuna Hati yang paling menarik minat :) sebelum ni saya kurang minat baca novel Melayu. tapi disebabkan pada masa tu (2004)persekitaran (dikelilingi kawan2 yg suka membaca novel) jadi 'terpaksalah' cari novel juga utk dibaca..sebab bosan tak dilayan oleh mereka (khusyuk sgt baca novel ;))

saya kurang gemar novel bertemakan cinta semata-mata..maka Arjuna Hati menjadi pilihan hati ketika itu :) mungkin kerana saya minat sejarah. dan tambahan lagi ayah saya kenal dengan tuk itam dan ca' ismail tu. dan juga kenal dengan suami penulis ;) maklumlah,,sdarian juga :)

semoga penulis terus dapat hasilan karya yg bermutu! :)