9
Rabu lalu saya diundang oleh GBA sebagai jurucakap bagi produk mereka iaitu pasta San Remo. Ini adalah kerana saya telah menggunakan pelbagai jenis pasta keluaran San Remo semenjak beberapa tahun yg lalu. Saya juga pernah mencipta lebih 100 jenis resepi menggunakan pasta jenama tersebut termasuk untuk Sajian Jelita sempena Syawal 2001. Juga untuk Demonstrasi Memasak yg ditaja oleh San Remo.

Saya telah ditemubual oleh wartawan dari The Star yg ingin tahu apakah keistimewaan pasta San Remo serta petua-petua penggunaannya dalam beraneka jenis masakan yg sesuai bagi selera orang-orang Malaysia...


Post a Comment

Murah rezeki bulan2 puasa ni akak. Alhamdulillah.

Bukan senang nak dapat chance, rezeki bulan2 puasa ni.

salam..wahh murah rezeki la...alhamdulilah

beshnya kak. oh, buku baru kuar lagi ek kak? :)

Kaknorz cayang...amboiii laku betul sekarang ni yaa..x menang tangan dan packed betul masa yaa..! Apapun alhamdulillah atas rezeki yang merimpah-ruah..Moga kaknorz semakin sihat dan sentiasa ceria.. :D

Halal ke produk ni..saya xda tgok tanda halal pun kt plastik tu.cuma ada tanda hijau dalam bulatan bulat...

PEMBATALAN PENGIKTIRAFAN 2 BADAN ISLAM LUAR NEGARA PDF Cetak emel
Ahad, 28 Julai 2013 23:51
Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas dua (2) Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf di Australia seperti berikut:

1.Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC); dan
2.Australian Halal Food Services (AHFS)

PENARIKAN BALIK pengiktirafan ini adalah berkuatkuasa mulai 15 Julai 2013. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawang www.halal.gov.my.

Sehubungan itu, bagi produk-produk import berasaskan haiwan dan bukan berasaskan haiwan yang telah mendapat pengesahan halal daripada badan pensijilan halal berkenaan sebelum atau pada 15 Julai 2013, Sijil Halal tersebut adalah diterimapakai oleh JAKIM sehingga tarikh tamat sijil.
Manakala bagi produk sedia ada di Malaysia, sijil halal tersebut hanya diterima pakai untuk tujuan penghabisan stok. Bagi pembelian stok baru selepas 15 Julai 2013, ianya hendaklah disertai dengan sijil halal daripada Badan Pensijilan Halal Yang Diiktiraf oleh Jakim di Australia.

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/308-pembatalan-pengiktirafan-2-badan-islam-luar-negara