7














Ramadan mengimbau sejarah dan kenangan terhadap keluarga yg telah pergi meninggalkan kita. Sekitar 1965. Saya bersama ayahanda (pulang ke Rahmatullah 1996) di kuarters Klinik Kesihatan Dong, Raub, Pahang. Itulah uniform Pengawas Kesihatan yg perlu dikanji dan digosok (ketika itu seterika arang). (Kanan) Bersama bonda di Padang Bandaran Bentong. Fesyen rambut 'pokok kelapa' memang kegilaan anak-anak masa tu...Bonda dengan trend rambut 'kembang' ala 60an, berkebaya renda dan kain batik lepas.















Wan Bah, bidan di Ketari, Bentong yg telah menjaga 3 orang anak angkat termasuk 2 anak perempuan Cina (salah seorangnya, bonda saya). Saya tak sempat mengenalinya kerana dia meninggal dunia waktu saya masih kecil. Bonda bergambar dengan mertuanya, Watiah bt Ranu (keturunan Jawa) di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Bahagian hutan di belakang tu kini sudah dipenuhi hotel.



Itulah saya (nombor 2 dari kiri) bersama lelaki Sikh yg saya panggil Tata (datuk). Dia telah menjadi 'bapa angkat' kepada bonda saya. Kebetulan, rumah kecilnya di belakang rumah Wan Bah. Dia yg berasal dari Chad di benua India menjadi tempat bonda saya meminta wang masa dia masih di bangku sekolah. Tata memang penyayang terhadap kami 'cucu-cucu angkat'nya kerana dia sebatang kara. Masih teguh dalam ingatan, setiap kali dia pulang dari tempat kerjanya, dia pasti membawakan biskut, gula-gula dan jajan lain untuk diberikan kepada kami... Foto tahun 1967




Post a Comment

Assalamualaikum,
Damainya mengimbau kenangan lalu, ..mengusik rindu, mengocak rasa.

salam kak lina...itulah pentingnya kita simpan foto2 lama kan, kenangan tetap terpahat abadi...Paling cute gambar akak dgn rambut ala2 pokok kelapa tu. Lagi satu, gambar yg ada atok sikh tu, yg mana satu kak lina ek?...yg gambar 2 dari kiri tu ek?

mya marja >>
Tak kita sedari waktu berlalu pergi dgn begitu deras sekali...

mat gebu >>
A'ah, akak la budak yg tersenyum lebar tu. Memang Atuk Sikh tu baik betul, tiap2 pagi kami minum teh susu lembu yg dia masak, dengan capati & kuah dal. Dia tak pernah berkira dlm segala hal. Yg paling akak ingat, rambut dia panjang sampai pinggang (mudah nak diserbankan).

zizie ali >>
Zaman 60-an foto hitam putih (dgn saiz kecil, mungkin 2R) punya keistimewaan tersendiri...

Nostalgia ...benefit zaman canggih..gamba2 lama leh simpan smpai bila2..selamat berpuasa!