0
Majlis Re-union MGSS-Tg.Afzan ke-2 setahun yg lalu. Kami berpakat untuk hi-tea di Puteri Pacific kerana kebanyakan daripada kami bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Kali ini lebih ramai daripada yg pertama. Kali pertama bertemu, topik menarik adalah berapa orang anak, serta bagaimana kami berubah dari segi wajah dan bentuk tubuh, ahaks!

Saya (yg selalu jadi penganjur) turut menjemput guru2 yg mengajar kami tetapi malangnya mereka masih tinggal di Kuantan dan tidak dapat hadir. Walaubagaimana pun, dua rakan yg bermastautin di sana sempat singgah untuk beramah mesra. Ada yg membawa anak sekali dan sudah tentu mereka menjadi tumpuan.


Ada di antara rakan2 yg dah jadi pegawai besar, bos firma mereka sendiri atau penolong HM. Malah ada yg begitu successful sehingga mampu berumah dan berkereta besar (mungkin juga punya teman hidup yg kaya). Namun ada juga yg mengalami keruntuhan rumahtangga dan kini hidup sendirian atau bersama anak2. Walauapa pun, re-unions sering memberi rasa gembira dan sedih, nostalgia dan permainan emosi. Ia mengingatkan kita bahawa dulu kita pernah menjadi remaja...















Post a Comment