4

















Majlis Re-Union Tg.Afzan-MGSS menemukan saya dengan rakan2 lama yg menuntut di tingkatan 1-3 di Sek.Men.Tg.Afzan dan di tingkatan 4-5 di Sek.Men.Methodist, Kuantan. Kami berjumpa di California Kitchen, KLCC (atas saranan salah seorang drpd kami).

Ada di antara kami yg sudah hampir 27 tahun tak bertemu! Bayangkan berapa banyak cerita yg hendak dikongsi. Saat2 gembira ketika di bangku sekolah (ada di antara mereka telah menjadi classmate saya sejak di darjah 2 di Assunta Convent lagi...bayangkan, kenal selama 36 tahun!) Memang tersentuh hati mengingatkan kerenah zaman kanak2 yg masih berhingus dan guru2 tertentu yg kelakar, yg over dan yg memberi peransang sehingga kami berjaya.

Pertemuan sebegini umpama support group kerana ada di antara kami yg terpaksa melalui keperitan melawan kanser atau pelbagai masalah dalam perkahwinan. Berada dalam lingkungan teman2 memberikan semacam inspirasi kerana kita sedar, sebagai manusia, kadangkala kita bersandar pada kenangan lama untuk kembali ketawa...

Post a Comment

bila jupe kengkawans lame byk cite suke duka dorang..

bila kita rase kita ni susah..rupenyer ade lagi yg lebih derita dari kita..

bersyukur laa dgn ape yg ade..jgn asik nmpk halaman umah org je cantik..betol tak norz??

ade tak yg menten cun mcm dulu2 ekeke :p

Kak mmg best kl dapat bertemu mmbe lama2 nie, Kl sehari mmg tak habis bercerita. kl 27 tahun lama tu.

echah_syed >>
Sebenarnya tiada manusia yg sempurna. Benarlah apa yg kita nampak elok tak semestinya baik untuk kita, kan?

Ada jugak yg menten cun tapi rata2 mesti gempal pasal dah beranak-pinak, kekeke.

shafa >>
Memang kenangan lama sukar dilupakan terutama waktu sekolah, mcm2 yg kita lalui bersama. Hendaknya anak2 skrg appreciate zaman persekolahan yg takkan kembali lagi...