2










Hari Khamis pula Majlis Pelancaran Program Selera Ramadan MMVitaoils & Buku Masak Selera MMVitaoils bertempat di Megaview, KL Tower. Saya bersama Shaizhar (kebetulan dia bekerja di situ) sebelum majlis bermula. Pemandangan kotaraya berkabus kerana cuaca sangat mendung dan berhujan.











Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim menjadi tetamu kehormat memberi ucapan. Suasana dewan yg terhias indah dipenuhi oleh wartawan dari pelbagai media massa. Terima kasih kerana sudi menyerikan majlis tersebut. Antara dif-dif kehormat yg turut hadir ialah Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron (CEO Majlis Minyak Sawit M'sia), Dato' Adilah (Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran), Datuk Haron Siraj (Pengerusi MMVitaoils), En Mazlan Muhammad (Pengarah Urusan MMVitaoils), Pn Dina Talib (General Manager MMVitaoils), Dato' Zulkifli Mohammad (CEO Menara KL).












Saya membantu Dato' Dr Mashitah yg memotong Kek Lebaran (menggunakan produk MMVitaoils) sempena majlis tersebut. Kami bergambar sambil memegang buku Selera MMVitaoils yg boleh dibeli di MPH, Tesco dll dengan harga RM12.90 (mulai 1 September). Hasil royalti buku ini akan disumbangkan kepada Pusat Zakat Selangor untuk diagihkan kepada anak-anak Asnaf (fakir/miskin) negeri Selangor. Penghargaan kepada Nafalia Corporations (En Najib & YM Raja Noor Ima) dan krew yg terlibat dlm pembikinan rancangan tv tersebut.

Post a Comment

kak..mcm best jee buku tu, insya allah, nak rembat jugak lah satu..cover dia nampak menawan kan..

mat gebu >>
Nanti akak letak cover dia & senarai masakan yg ada, k?