4
Saya akan mengadakan Demonstrasi Memasak sempena Wellness Industry Exhibition 2008 (Pameran Industri Kesejahteraan) selama 2 hari. Jadi, jangan lepaskan peluang mendapatkan tips2 penggunaan herba (Mas Cotek, Pegaga, Roselle, Minyak Kelapa Dara dll) yg mengandungi pelbagai khasiat di samping dapat merasa 5 jenis masakan iaitu:

(1) Nasi Ketumbar
(2) Ikan Herba
(3) Biskut Roselle
(4) Jus Seenak Rasa
(5) Spageti Udang

Saya menggunakan produk2 yg dihasilkan oleh Chemical Engineering Pilot Plant (UTM Skudai). Bermula jam 9.30 pagi, ada Demonstrasi Teknologi & diskusi tentang pelbagai topik termasuk Penghasilan Kosmetik & Dimensi Tekanan. Maklumat lanjut Demo Memasak:

Venue : Ruang Legar, PWTC
Selasa (5 Ogos 08) : 1.30 - 2.00 ptg
Rabu (6 Ogos 08) : 12.30 tghri -1.30 ptg
Jemput datang beramai-ramai...

Post a Comment

menarik juga ni dapat rasa masakan norz....tapi keje ar...uhu!!

kailan >>
InsyaAllah di kesempatan yg lain kita pasti bersua...

Salam sayang wahai Kekanda Norz.

Saya juga menjual herba Mas Cotek, Pegaga dan Minyak Kelapa Dara. Sayangnya, saya tidak berpeluang mendengar tips dari Kekanda Norz. Kerana ada urusan lain. Semoga sukses.

abang long >>
Thanks. Penggunaan herba mmg byk faedah. Nanti bila2 kita jumpa boleh sembang panjang2, k? Best wishes dlm sebarang urusan abang long...