7
Semenjak 45 hari yg lalu, saya terlibat dengan pelbagai projek memasak. Ia memang saat-saat genting yg memerlukan bukan saja tenaga (fizikal) yg banyak tetapi juga kekuatan mental. Setiap assignment adalah dugaan untuk menghasilkan masakan terbaik dan memberikan tumpuan yg tidak berbelah bagi. Setiap bahan dan sukatan mesti tepat supaya sesiapa yg mencuba akan mendapat hasil masakan yg sama. Walaupun, kata orang, air tangan seseorang juga memainkan peranan dalam menentukan sedap atau sebaliknya...

Sepanjang masa itu juga saya telah menyediakan anggaran 208 masakan. Bila berbicara tentang masakan, kita juga bercakap perihal kesabaran. Ini adalah kerana setiap masakan perlukan ketelitian. Samada ketika membeli bahan segar, menyukat, memotong, menumis atau membakar; kita berhadapan dengan keadaan yg menuntut kesabaran. Kadangkala kuih perlu dikacau atas dapur selama 1 jam sebelum ia masak.

Memasaklah dengan penuh kasih kerana perasaan itu akan 'meresap' ke dalam masakan lantaran membuatkan ia lebih sedap dan menggembirakan sesiapa yg menikmatinya...Terima kasih buat semua yg memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat sepanjang waktu tersebut. Kalian yg singgah meninggalkan jejak atau sebaliknya, saya hargai setiap kunjungan...

ps: Hari ini assignment terakhir memasak untuk majalah, saya sangkut apron dan mulai buat research untuk novel saya yg terbaru, ehem...selain buat revision untuk Morse Code, tu cikgu saya dah jeling, ahaks...!

Post a Comment

cantek pic ni beb..aku dah curik simpan dlm lipatan hati ku..bolekan :)

Salam,
Hebat Puan Lin dan semoga lebih sukses & glam lagi. Jumpa di pelancaran Selera Ramadan MM Vitaoils Semoga diberi kesabaran kesihatan & dirahmati Illahi.. noor najib (pengurus produksi)

echah_syed >>
Untuk rakan, apa2 pun boleh. Selalu terkenang zaman dolu2 kita menyamar, kan? Kelakar sgt, adoi laa. Kekeke.

noor >>
TQ very much to Nafalia, too, kerana sudi memberikan peluang sedemikian (beraksi bersama MMVitaoils). Kita sama2lah mencari keberkatan Yang Esa. InsyaAllah.

kak..
tq byk2 sbb hantar sepres ke opis ku semalam...
sangat cantik n sedap...

idzaris >>
Sama2. Dah janji, kan? Hehe. Jangan lupa Hugh Clifford. Kalau ada, akak pergi ambil. Kalau untuk pinjam, nak kena pergi fotostat laa. TQ.

Salam kaknorz..alahaii suka tengok pict kaknorz yang ni..cantik dan anggun giteww..!! Semoga kaknorz sentiasa sihat untuk menjalani program ketat yang telah diatur. Emm x sabar menunggu kemunculan kaknorz tu..! Wah, resepi2 baru pun bakal dikeluarkan ek..excited jugak ni!!