4
Assalamualaikum Puan.
Saya mohon maaf ganggu kesibukan puan, tapi inshaAllah puan boleh menolong saya dalam 'research' saya mengenai krimwell. Dari dulu, shortening adalah sesuatu ingredient yg was-was bagi saya; alhumdulillah sejak saya terima email jawab kepada query saya pada company yg producekan ingredient ini dan juga tertera yg ianya memang vegetable shortening (kenalan USA muslims pun tau dan guna vegetable shortening ni) dan setahu saya, Crisco hanyalah satu2nya shortening yg publicly nyata ianya vegetable-based. Ingredients dia takde animal-maupun alcohol-based alhumdulillah.

Dari tahun lalu puas saya google perihal krimwell/creamwell/marvello... tapi semata-mata yg diketahui, ianya sejenis shortening. Saya selalu mengunjungi Chang Thung and Bake with Yen di Taman Megah PJ dan kekadang ke Bagus Shah Alam juga dan mereka dari tempat2 ini mau pun semua kenalan saya di Internet (cooking & baking forums) maupun personal emails (spt Puan) tidak tau ingredients Krimwell ni, mau pun ianya Halal atau tidak. Semalam saya email empunya business pakar cupcakes2 yg boleh tahan anggun decorationsnya pasal krimwell, dia pun hanya boleh bagitau kat saya, ianya vegetable shortening ...ingredients tak tau.


Tolonglah saya Puan, dengan 'network' Puan yg luas dan expertise Puan, boleh tak selidik apakah ingredients yg menjadikan Krimwell ini dan juga adakah ianya Halal? Tiada satu kedai yg mahu tunjukkan saya pack original krimwell ini ...gerak hati saya begitu gementar ... adakah kerana ianya tidak Halal kerana adanya bahan2 yg tidak diketahui kehalalannya??? Please ya Puan ... boleh saya panggil puan akak ... saya muda 2 tahun dari puan *senyum* .. inshaAllah pertolongan akak amat dihargai. Kalau krimwell Halal, alhumdulillah, saya akan beli ... tapi kalau mushbooh, atau Haram, ianya tanggungjawab kita bersama menyebarkan berita ini (Halal maupun Haram) kepada semua yg suka guna krimwell ni.

Saya du'aakan akak boleh dapat tengok original packing krimwell ni ...semoga Allah memudahkan usaha mulia akak ni ameen. Saya tau, sebab akak nama terkenal ... mungkin boleh orang2 kedai ni bekerjasama ngan akak. Semoga Allah membalas jasa akak untuk kami semua dalam memakan Halal ameen. InshaAllah dapat berita dari akak secepat mungkin.

Fiamanillah.
Serene


Ini jawapan saya:
Waalaikumsalam.

KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging):

minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.

Dlm Bahasa Inggeris:
palm oil, palm kernel oil, palm fraction, sunflower oil, water & salt, permitted food conditioners, flavouring substances, preservatives & antioxidants.

Jika brand/jenama lain, saya kurang pasti tentang bahan-bahan yg terkandung di dalamnya. Saya juga tak pasti tentang krimwell yg dijual di Chang Tung, Bake with Yen atau Bagus kerana saya membelinya di Bake Oven, SG 3. InsyaAllah jika saya berpeluang ke kedai2 tersebut, saya akan tanyakan.


Kak Norz

Post a Comment