1

Saya ditemani Profesor Ramlan Abdul Aziz, Pengarah CEPP ketika Demonstrasi Memasak hari kedua di PWTC. Pelbagai jenis pokok herba turut dipamerkan dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang khasiat dan ciri-ciri herba yg baik untuk kesihatan. Saya berpeluang mencipta resipi-resipi menggunakan serbuk Mas Cotek (siakap berkuah), serbuk pegaga (nasi ala beriani), serbuk Roselle (biskut) dan serbuk madu (minuman).

Kemunculan Florence Tan menggamatkan suasana dan kami sempat merakamkan kenangan bersama. Kebetulan Florence datang meninjau ke situ untuk merasai pelbagai jenis minuman (antaranya, jus lempoyang) yg disediakan oleh pihak CEPP. Florence sempat bercerita kepada saya bahawa beliau baru pulang dari New York kerana mempromosikan masakan Nyonya di sana. Kami juga berbual kisah rakan2 chef selebriti yg sudah agak lama tidak ketemu.

ps: Esok saya menyambung food-shoot 15 sajian untuk buku masakan MMVitaoils yg bakal berada di pasaran menjelang Ramadan...




Post a Comment

tabik spring kat norz.wanita kental yang gigih. teruskan usaha dan sy mmg kagum dgn norz. ina FC.