28










Jam 9 mlm tadi (21 Julai) berakhirlah shooting selama 10 hari untuk program Selera Ramadan MMVitaoils tajaan MMVitaoils dgn kerjasama Majlis Minyak Sawit Msia (MPOC). Saya mengendalikan ruangan masakan sambil berbicara tentang pelbagai topik menarik dan penuh informasi dengan beberapa orang tetamu. Bersama Ustaz Fauzi (kiri) dan Tn Hj Hushim (kanan).











Mengabadikan kenangan dgn Ustaz Akhil Hayy (kiri). Suasana di dalam studio tempat saya 'berkampung'. Crew cukup mesra dan menghiburkan sehingga tidak terasa selama 140 jam bersama mereka! Suasana santai (namun memenatkan, ehem...) mewujudkan mood yg ceria sepanjang hari, kadang2 sehingga ke 11 malam.












Bersama Ustazah Zawiyah dan Ustaz Wan Shohor yg begitu berkaliber membincangkan topik yg menyentuh soal2 berkaitan Ramadan dan bagaimana membentuk insan berjiwa murni. Saksikan nanti rancangan ini di RTM1 mulai 1 September jam 5-5.30 pagi (sahur pertama) dan ulangan pada 12.30-1 tghari pada hari yg sama.


Rakan novelis dan motivator terkenal, Dr.HM Tuah (kiri) juga menjadi tetamu rancangan. Turut diundang, Prof.Madya Izzuddin Hj Ali. Sebanyak 60 resipi ditunjukkan. Semuanya sesuai sama ada untuk berbuka, bersahur dan Syawal yg bakal menjelma. Pakaian saya ditaja oleh Hajaba. Penata rias pula oleh Wanda.











Di akhir shooting, bersama crew yg terlibat serta Ustaz Taufik Ismail (berbaju biru). Mengabadikan kenangan dgn En.Najib (Nafalia Prod), Ustazah Nik Salida dan Tuan Director, En.Ahmad...(suspens bila dengar "CUT"...hehe...).

Produk MMVitaoils seperti majerin lembut (Marvelloso, Blossom, Rise and Shine), minyak sapi (Golden Treat), lemak sayuran (Qualitaste) dan minyak masak (Palmas & Serimas) boleh didapati di Kiosk MMVitaoils di Seksyen 23, Shah Alam. Produk MMVitaoils berasaskan minyak sawit adalah tanpa kolestrol, mempunyai nisbah karotenoid lebih daripada 15 lobak merah dan 50 tomato yg bagus untuk perkembangan minda kanak2 yg sedang membesar. Ia juga mengandungi Vitamin E yg mampu mengelakkan penuaan.


Jangan lupa saksikan nanti, ya?


Post a Comment

salam kak,

lama tak jenguk ni,kiat perasan akak makin cun la..dh kurus berbanding dulu,apa rahsia ek?jeles la..

tahniah dapat menjayakan program yg begitu mencabar sekali...
semoga maju terus maju dan sentiasa beroleh kesihatan yg baik untuk terus maju....

cik puan kesum >>

Rahsia kurus? Hehe. Kerja, kerja dan kerja. Bila dah kerja banyak, tak sempat nak makan, hanya ambil yg ringan2 saja. Mlm akak makan sup dgn roti. Minum susu Anlene juga baik utk tenaga & tulang di samping khasiat tinggi utk selalu cergas. Cun? Mana ada? Mekap aje tu. TQ pd Wanda (jurumekap) yg ada sentuhan miracle, ahaks.

hanieliza >>
Tima kacih. Semangat tu paling utama, kan? Semoga kak liza sihat2 juga.

Salam K.Lina...

K.Lina nampak berseri2 w/pun dlm kepenatan. Tudung & baju pun cantik. Tak sabar nak tgk rancangan ni...

Have a good rest dear!

Salam norza..
waktu keudara 5-5.30pagi. memang sesuailah selepas kita sahur sementara tunggu waktu subuh. Dpt pulak resipi baru. Semoga norza sukses selalu.

Norz..congrate...moga lebih maju jaya dalam kehidupan..Kejayaan perlu dicipta..betulkan?

Assalamualaikum,
Tahniah Kak Norz! Semoga makin berlimpahan rezeki pemberianNYA. Bangga melihat novelis yang meniti tangga kejayaan.

salam kak lina...
Tahniah kerana berjaya menamatkan siri masakan kat tv tu yeaa...tak sabar juga nak tgk nihh...mesti penat kan..tapi legaaaa..

salam tuan rumah,

saya nak tanya ni betul ke ustaz aqil tu ada muncul kat tv tu? saya suka tengok dia ceramah memang takde tapis2 kalau betul katakan betul kalau salah katakan salah. bukan senang saya nak tengok ustaz aqil berbicara kat tv mcm ustaz2 lain tu..

kalau betul ada memang berminat nak tengok tv1 ni. dah lama tak tgk tv1..huhu

'Jangan lupa saksikan nanti, ya?' (pesan kak norz)

Eh... mesti la tak lupa sebab:

1. Ada tetamu jemputan yg best (ust. wan shohor, ust. akhil hayy & dr. hm tuah).

2. Baju kak norz lawa2 (expected from pics).

3. Resepi kak norz memang double thumbs-up!!!

tahniah kak norz! semoga bertambah rezeki kak norz...

intan rosnitta, zue, fadzilsalleh, mya marja & mat gebu >>

Terima kasih byk krn sudi mencoretkan di ruangan ini. Kata2 kalian menjadi azimat buat mengharungi cabaran mendatang...

rendah diri >>

Memang benar Ustaz Akil akan muncul bersama saya. Selain berceramah, beliau akan membantu saya menyediakan resepi. Memang happening, rugi tak tengok nanti...

nusya >>

Thanks a lot. Akak pun tak sabar nak tengok performance sendiri. Maklumlah, bukan senang nak berbicara tentang kebaikan MMVitaoils & minyak sawit, resepi yg sedang dibuat dan soalan2 yg nak ditanya pada ustaz/ustazah juga respons yg seharusnya dibalas kepada mereka..

waaa....ustaz rock ensem pun ada..
bestnyerr....
akak slim la plak..muka je chubby tauuuuuu

rindu kat akak...:)

kakak saya ni nampak bertambah muda dan makin lawo lah...
syabas..

Tak sabar nak tengok rancangan tersebut...betul norz nampak makin lawa.

Salam kak norz...

Masa sahur mmg sesuai... Su pasti akan tengok. Boleh lepaskan rindu sekali... rindu kat kak norz la...

salam kak norz..saya peminat ustaz fauzi dan ust wan sohor..ehehe tapi tak dpt nak saksikan rancangan kak norz ni..melepas aaa

Saya pulak tak sabar nak tengok Kak Norz bersama memasak dengan Ustaz Akil Hai.. mesti Ustaz tu nyanyi lagu hindustan kot..

Salam Hujung Minggu..

yeke..alahai..lmbt gitulh ct nk kurus sb keje asyik mkn..mkn..mkn..hehe..tp memang kuruslah kalau mlm mkn sup je..kita mlm mkn nasi..adei...

mrs.sheikh >>
Tang muka mmg tak blh nak ubah dah, hik hik. Semulajadi bulat semacam, wakaka. Windu gaks. Dtg KL la blh lepak2 kat tepi tasik, aww.

idzaris >>
Kena hati muda barulah rasa ceria, ahaks...semangat kena tinggi, beb!

cikgu panji >>
Uikks, lawa ker? Baju2 yg glamer ngan mekap sesuai tu, agaknya, membuat penampilan berubah. Jom kita tengok sambil timba ilmu, ya?

suara >>
Nanti kena cuba resipi2 tu utk hidangan berbuka atau bersahur, k?

arsaili >>
Len kali blh tgk, kalau ada rezeki berpuasa di Msia. Cheer-up,k?

kasawari >>
Memang Ustaz Akil 'menghiburkan' sekali dgn telatahnya. Ada sikit part dia nyanyi tapi tak tau lah samada kena edit or not...

cik puan kesum >>
Memang susah nak ubah selera, so, semangat kena tinggi. Makan nasi boleh tapi kurangkan sikit2. Kalau biasa 2 cawan, jadi 1 1/2 cawan selama 1 minggu kemudian jadi 1 cawan selama seminggu lagi sebelum 1/2 cawan (maintain sampai bila2 atau ganti dengan 1 keping roti). Slow but steady tapi bergantung juga pada tenaga yg kita perlukan sehari2.