13
Tentu kalian terfikir siapakah lelaki di sebelah ni? Beliau adalah Samuel Morse yg mencipta Morse Code pada 1844 untuk digunakan dengan telegraf elektrik. Ia digunakan dengan meluas sekitar awal abad ke-20. Malah sangat penting bagi militari semasa dalam pertempuran. Ia masih digunakan sehingga kini oleh amateur radio operators atau dikenali sebagai ham. (Lihat MARES : Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia.)
Morse Code menggunakan tanda pendek dan panjang dalam bentuk dots (dikenali sebagai dits) dan dashes (tanda panjang, atau dahs), dengan ruang di antaranya untuk menunjukkan huruf, nombor (0-9), tanda bacaan (sengkang, noktah, tanda seruan dll). Setiap orang di seluruh dunia boleh berkomunikasi dengan menggunakan kod yg tertera di bawah.



Kini saya sedang belajar Morse Code kerana bagi saya, ia sesuatu yg sangat mencabar. Ia berkait rapat dengan keupayaan kita mendengar bunyi kod, kemudian mengidentifikasinya dalam 2-3 saat sebelum mengubah ia menjadi huruf yg perlu ditulis di atas kertas.

Lebih cepat dapat melakukannya, lebih mahirlah seseorang itu. Sebagai permulaan, mungkin boleh mengenali 12 wpm (perkataan seminit) tetapi boleh meningkat sehingga 30 wpm atau lebih.


Menurut kajian, mengirimkan teks dengan Morse Code lebih pantas daripada melalui sms! Hebat, bukan?

Post a Comment

kalau mat, tatau laa bila nak khatam benda nih, tapi ok jugak kan, sambil2 kita menunggung kek masak!~!!...

Salam Kak Norz,

wah hebat ni.. kalau dah expert morse code ni.. boleh ler buat entri guna morse code.. nanti suruh ler blogger yg rajin tu "membacanya"

-.- .- ... .- .-- .- .-. ..

hah.. cuba kak nor tukar morse code atas tu.. ye tak ye jer..

p/s: pesan pada Abang Deri.. kenapa tak tengok The Blues Selasa depan.. he he..

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

menarik jgk Morse Code ni, kak norz. sy t'jumpa satu page ni, katanya belajar morse code dlm masa 1 minit, hehe... mcm x caya je. cuba je la, ye dak...?

thanx kak norz for this great topic!

klik ---> Morse Code

ermm..sorry kak norz. comment 'ter'send 3x... haha! gelojoh tak hengat!

mat gebu >>
Mmg sukar sebab terpaksa mendengar kod dimainkan, kemudian ubah menjadi perkataan dan tulis atas kertas. Kalau tiada minat, mmg payah nak dapat. Guru yg mengajar pun kena banyak sabar, hehe.

kasawari >>
Yg ditulis tu, KAWASARI...tapi kena ada distance antara setiap perkataan, equal to 3 dots...hehe, tak pass lagi. Boleh dengar Morse Code kat website tertentu...mmg 'tension' bila tak ingat2. Sabar aje.

p/s: Abg Deri sibuk sgt skrg, ahad pun kena pergi ofis. Hmm, kecian ler kat dia.

nusya >>
Mana ada boleh belajar dlm satu minit? Belajar menghantar 10 perkataan dlm satu minit, ada laa, hehe. Memang menarik sgt sebab tak ramai yg sanggup belajar, dengar dan interpretasikan kemudian belajar bagaimana nak hantar morse code pada orang lain di seluruh dunia. Boleh dpt ramai kawan (mcm blogging) tapi tak semua org boleh mahir Morse Code...

... .- -.-- .- -. --.

Maaf Sifu, saya murid baru.

Salam Kak Norz...
Wahhh... ni mesti belajar untuk tulis novel baru ni... bestnyaaaa... nanti kena beli mesinnya sekali. OD belajar kat sini ek. Boleh kita berinteraksi secara dot dot... he he he...

wah Norz,bila baca bab ni teringat masa akak mula kerja sebagai telekom optr. kami dibawa kebilik operasi dan melihat optr2 situ berhubongan dgn org2 dikapal menggunakan morse code.seronok juga tapi oleh kerana akak ditempatkan dibahagian lain akak kena belajar Tape Reading.Tape yg berjela dan berlobang2 tu yg biasanya digunakan masa hantar/terima telex. skarang dah x pakai lagi dah. dah canggih.
Slamat berjaya pd Norz menguasai kod2 tersbt.

"...kalau tiada minat, mmg payah nak dapat. Guru yg mengajar pun kena banyak sabar, hehe..."

1. macam mana nak tahu u ada minat?
2. Cikgu kena sabar, tapi murid kena........? (isikan)

Wani