9
Inilah jawapan kepada soalan kuiz novel terbaru saya:
1) Nama taman perumahan tempat tingal nenek Farhana ialah Taman Syahbandar, Temerloh, Pahang.

2) Nama datuk Farhana tidak dinyatakan dalam novel Menanti Kasih .

3) Minuman kegemaran datuk Farhana ketika ke kedai Haji Kasawari ialah teh tarik .

4) Kailan dan Uncle J adalah orang yang sama, seorang penyiasat persendirian yang ditugaskan untuk menyiasat dan mengekori Farhana bagi mengetahui tempat persembunyian Giovanni .

5) Elee merupakan teman serumah baru Farhana . Berasal dari Melaka, seorang yang pendiam, dan bekerja sebagai seorang juruwang di kedai buku Popular Suria KLCC .

6) Kawasan Pergunungan Alps yang terletak di daerah Simplon Pass merupakan tempat pertemuan pertama Farhana dengan Giovanni .

7) Sharifah Zanura bt Syed Zakwan atau Shaza yang meminjamkan BMWnya kepada Kamel .

8) Kereta Terrano hitam merupakan kenderaan yang dinaiki oleh penculik Ahmad Ridzafi .

9) Datuk Syahbudin merupakan rakan niaga bapa Widya dalam projek perumahan di Qatar .

10) Mat Gebu merupakan jiran mak ngah Farhana yang merupakan seorang katerer yang dikenali ramai .

TIGA penyertaan terawal yang telah dipilih bagi memenangi kuiz adalah:
(1) Norfazila Nordin* (e-mel, 3 Mei 08) voucher RM150
(2) Junidah Sujak (e-mel, 17 Mei 08) voucher RM100
(3) Hamidah Md Zen (e-mel, 9 Jun 08) voucher RM50

Tahniah kepada pemenang2!! Sila e-mel kepada saya alamat & samada anda mahukan voucher membeli-belah Jaya Jusco atau Parkson. Terima kasih kepada kalian yg telah menghantarkan penyertaan...

*Kebetulan nama bapa sama (bukan adik saya, tau?)

Post a Comment

hehehe..norz

keputusan dah keluar, email saya tu masih dok terperam dalam draft je


tahniah pada pemenang

kak lina...kebetulan "ayah" pemenang pertama tu sama nama dgn ayah akak...kang mula lah ada yg ingat 'adik beradik" pulak yea..Apa2 pun ucapan tahniah utk para pemenang semua...

Aiseyy man.. tersalahlah jawap soalan.. tang no 3 , teh tarik tu terjawap Kopi tongkat Ali plak.. kekekek patut la tak memang.. hu huu..

Len kali wat peraduan lagi ya Kak Norz..hik hik..

Salam Kak Norz...
Nasib baik buat penafian siap-siap. Kalau tidak, peraduan tak boleh diterima... ha ha ha.

Hehehehehe.......... tak ada kroninisme kan ! Semuanya secara kebetulan aje . Apa2 pun emel sudah pun dihantar . Terima kasih banyak2 Kak Norz . Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan jangan serik nak buat peraduan lagi . Lain kali hadiahnya makan masakan Kak Norz. Hikhikhik....

Hehehehehe.......... tak ada kroninisme kan ! Semuanya secara kebetulan aje . Apa2 pun emel sudah pun dihantar . Terima kasih banyak2 Kak Norz . Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan jangan serik nak buat peraduan lagi . Lain kali hadiahnya makan masakan Kak Norz. Hikhikhik....

haha..kak..sy pun sama cam kujie,
masih dlm draft..:) lagi pulak sepanjang mei sy teramat2 busy...
alasan kedua tak leh menang kot sebab soklan num 2 dan num 4 sy tak terjawab.. :P


p/s: kak...ogos menjelmakan impian sy kak..:)

lla pun dah ketawa sama pesen dengan kami-orang hik hik hik .... pasrah kasih betul !!!!!!!!

apa pasal datuk syahbudin tak menang pada hal namanya terlibat dalam novel tu..?