18
Salam semua...

Kesibukan tahap gaban. Mungkin inilah ungkapan 'orang muda' masa kini. Saya sedang membuat persiapan untuk sesi penggambaran 30 episod rancangan masakan untuk RTM1 bulan Ramadan kelak. Ingin juga saya kongsi jadual seminggu lalu yg amat padat:

* Mencipta 60 resipi menggunakan produk penaja rancangan
* Membeli bahan2 masakan yg diperlukan
* Mencuba 60 resipi masakan & membuat pindaan (jika perlu)
* Membungkus setiap bahan untuk hampir 100 masakan kerana ada yg perlu disediakan terlebih dulu di rumah (menjimatkan masa di studio)
* Memasukkan semua bahan resipi di dalam kotak2 bertanda Day 1 hingga Day 10
* Memastikan semua barang2 dapur yg diperlukan sudah tersedia (kena lias dengan penerbit)
* Mengunjungi butik untuk fitting baju & tudung (30 helai)
* Meeting dengan pembantu seramai 2 orang bagi memastikan shooting berjalan lancar
* Memunggah semua barang ke dalam studio selewat2nya hari Jumaat petang

Di tengah2 keberantakan ini, saya dijangkiti virus tekak dan kehilangan suara selama 3-4 hari (kini masih serak macam suara rocker, hehe...). Makan ubat dan vitamin punyalah banyak...dah naik loya. Makanya inilah yg dinamakan dugaan. Mungkin juga sedikit stress kerana belum cukup 'rihat' (yg sebenarnya tiada). Syukur saya hampir sembuh...

Jadi, selama 10 hari mulai Sabtu (12 Julai-21 Julai) ini, saya akan 'berkurung' di dalam studio dari jam 9 pagi hingga 6 atau 7 malam. Sangatlah saya harapkan rakan2 taulan bloggers agar mendoakan saya sihat sejahtera dan dapat menyempurnakan amanah yg diserahkan pada saya ini. Terima kasih, semoga Ilahi memberkati kalian.


Post a Comment

kak..
masyukkkkk nih!!
moga diberikan kesihatan berpanjangan..

idzaris >>
Alhamdulillah, rezeki. TQ for ur kind wishes. Janji Ogos akak masih ingat...

Isshh K.Lina ni...gaban pun x sibuk mcm ni tau!

Intan doakan akak cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan.

Lepas ni pls take a short break... you deserve a good rest (100%). Nanti exausted mcm hari tu.

Take care k!

moga akak sihat k...x sabar nak tgk rancangan tu...

Alhamdulillah atas limpah kurnia rezeki Allah pada kak lina dan dgn tulus ikhlas nya mat doakan kak lina sihat dan semuanya akan berjalan dgn lancar tanpa ada halangan2 yg besar..insya allahh...Jgn lupa jaga kesihatan....

klu ada ruang lagi masukkan sekali resepi "sup kailan" atau singkatannya "super K"...hehe!!

selamat maju jaya!

dah sihat ke...? bila stat shooting?

Salam sayang buat Kak Norz.

REZEKI sedang melimpah buat Kak Norz. AMIN, AMIN, AMIN.

SALAM SEMUA...

THANKS FOR ALL THE WELL-WISHES. SAYA SINGGAH SEKETIKA MENCARI SEMANGAT DI KALANGAN UNGKAPAN YG DICORETKAN OLEH RAKAN2 BLOGGERS. KALIAN MEMBERI PENGHORMATAN & PENGERTIAN YG SANGAT MENDALAM...

Salam Kak,

Sy doakan akan terus sihat dan terus ceria dan menceriakan.Moga usaha yang sedang dilakukan akan boom!insyaallah.

Salam kaknorz, lama x jenguk sini, ish ish..kalu tgk schedule kaknorz ni mmg bz tahap gaban lah tuu...haru2 makan tdo dalam studio kaknorz tu je..hehe...apapun Ummi doakan agar kaknorz sihat2 selalu dan dapat melaksanakan amanah yang dah terikat dgn RTM tuh..boleh le Ummi salin resepi situ je nnt kan..Muaahhh! Sayang selalu..

salam k norz, moga sihat2 selalu sepanjang rakaman.

salam kak norz..take care ya..moga sihat sokmo

salam kak norz, kalau ada makanan lebih hantar umah saya.
tak sabar nak salin menu. he3

kak Lina..Katak_ayu harap jgn lupa mentionkan nama2 bloggers kat TV ekk...hehehehe..semoga sukses selalu tawwww

Intan Rosnitta, nic, echah_syed, mat gebu, kailan, divahantu, mohamadkholid, abang long, ady, ummi, toknabe, arsaili, shai & katak_78.

Thanks for yr wishes.