10









Sabtu lalu saya menjadi tuanrumah majlis sambutan hari ulangtahun bonda tersayang. Ia juga menjadi 'family day' buat kami. Keseronokan lebih terasa kerana persiapan barbeque dan party hats, masks, belon untuk kanak-kanak. Foto di atas, anak-anak saudara saya yg seramai 7 orang nampak gembira dapat berkumpul beramai-ramai.











Hidangan yg sudah sedia untuk dijamah. Sebelum tu, upacara memotong kek untuk bonda sempena menyambut ulangtahun ke-64 pada 27 Mei yg lalu. Bonda bergambar dengan semua cucu iaitu seramai 11 orang. Di atas kek, tertulis 'Sweet 17', ahaks..










Saya bersama bonda yg kelihatan sungguh gembira melihat anak-anak, menantu dan cucu berseronok. Yg paling ditunggu tentulah acara cabutan nombor bertuah. Semua tetamu dikehendaki membawa satu hadiah setiap orang. Setiap hadiah dilekatkan nombor. Jadi, setiap orang pasti akan mendapat hadiah. Jika terkena hadiah keluarga sendiri, boleh pula tukar suka sama suka...meriah!!











Saya bersama adik-adik. Dari kiri, Nordiana, Norman, Norita & Norafiza. Foto kanan, saya sekeluarga bersama bonda. Suasana begini jarang juga dapat dirasakan walaupun hari raya kerana kami yg sudah berkeluarga kadangkala pulang ke kampung mertua masing-masing...


Post a Comment

Meriah sungguh....moga bonda kak lina panjang umur dan diperlihara kesihatan oleh Allah SWT....

mat gebu >>
Terima kasih. Demikian juga doa akak untuk ayahanda & bonda Mat. Kita wajib sentiasa menggembirakan mereka sebagai membalas jasa..

Salam,

wah..meriah sungguh! maklang sihat ke? moga maklang sentiasa sihat dan bahagia bersama anakanda dan cucunda tercinta.Send my regards to her...

meriah... windu saat2 mcm nih lagi... ;)

ueya >>
InsyaAllah, maklang sihat sambil menjaga anak2 Man. Akan sampaikan salam.. along doakan makngah pun sihat & sejahtera juga.

retna >>
Kehidupan begitulah, yg ada diraikan; yg pergi didoakan. Akak sentiasa ingat kat Retna...jangan lupa tu, k?

thanks kak nor ;)

*hugs*

Amboi... tak jemputpun kita...

Wahh.. meriahnya. Tentu seronok bonda kak Norz di rai2 sebegitu selain dapat berkumpul sesama anak2 n cucu2.

Kim salam kat bondanya ya. Semoga dia panjang umur dan sihat tubuh badan.

Happy belated birthday kepada bonda sis... Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik serta sentiasa di dalam peliharaanNya jua...