11










Dari 22 Jun (ahad) hingga 25 Jun (rabu) saya membakar sebanyak 48 jenis biskut. Hari khamis saya buat 12 jenis lagi. Kesibukan saya bermula beberapa hari sebelum itu kerana membeli bermacam bahan untuk diadun. Jumlah biskut untuk buku masakan yg bakal diterbitkan oleh Alaf 21 ialah 60. Bayangkan biskut yg pelbagai rasa & bentuk, semuanya dicipta khas untuk tatapan peminat biskut. Selama hampir 5 hari oven saya 'bekerja lebih masa', hehe...

Pada hari khamis, jurufoto Asmawal mengendalikan sesi fotografi. (Kiri) Dia sedang meletakkan daun sebagai props. Hari Jumaat pula giliran Shahril yg lebih gemarkan latar kehijau-hijauan pohon dan kolam di halaman. Lain jurufoto, berbeza citarasa. Berpeluh jugaklah mereka mencari angle terbaik supaya foto biskut2 nampak menarik...thanks, guys!











Pn.Saadiah & Mollee memastikan setiap jenis biskut disusun rapi dalam piring2 yg sesuai dengan alas warna senada serta props lain seperti cawan, gelas dll. Suasana memang ceria kerana sambil bekerja, boleh bersembang. (Kanan) Shahril dengan aksinya mengambil foto untuk dimuatkan di dalam buku masakan tersebut.

Post a Comment

salam sis... bz sungguh ya... semoga sis dapat rehat yang cukup juga :) Take care...

salam kak lina...bila rasa2nya buku tu akan berada dipasaran..mcm best jee. Ishh, mcm ada "bau2" nak raya kan....

Light, Camera, Action!
Ala... Kak Norz napa buat muka pulak ni? Isy isy isy... Oooo... Mat Gebu yang usik. Ni yang nak marah Mat nih. Ni kek OD masak. Kak Norz makan. Namanya Kek Happy Hour... ha ha ha... sabo sabo.

wahh...60 jenis biskut?buat byk2 kebuat satu adunan je utk satu jenis?apa pun mesti sedap bangett...nnti kuar buku tu announce ok...nk pi cari

Uii seronok nye Kak Norz ni.. Belum raya dah ada kuih2 sampai 48 jenis. kekeke . Nanti nk raya tak yah susah2 wat sekut..

Apa2 pun semoga segalanya berjalan dengan lancar. Hadapilah kesibukan dengan hati yg ceria.. yihaaa

umi_e >>
Curi2 masa rehat aje, risau tak sempat nak siapkan resipi utk projek seterusnya...

mat gebu >>
Mungkin sebelum puasa, insyaALLAH. Tepat 2 bulan kita akan puasa. Mmg x lama lagi.

OD >>
Mcm2 idea lawak dlm kepala tu, tergelak akak dibuatnya...lepaskn tension, hehe.

natrah >>
Buat satu adunan to make sure resipi jadi betul. Nanti akak bgtau bila buku tu keluar, k?

mersik >>
TQ very much kerana selalu singgah menceriakan akak yg terhambat oleh kerja yg bertimbun nii...Peace, brader!!

wah wahh..
x abis2 busy nih :)
hhehehe
selamat berjaya yer!