11









Mungkin tak ramai yg tahu, ada sebuah tempat peliharaan burung2 kasawari dalam perjalanan ke Padang Besar, Perlis (20 km dari Kangar). Burung2 yg jinak ini berkeliaran di dalam kandang dan anda dapat melihat pelbagai aksi mereka tanpa dikenakan sebarang caj. Salah satu hidangan yg wajib dinikmati bila berkunjung ke Padang Besar ialah Pulut Ayam. Ia adalah ayam goreng yg diperap dengan rempah khas dan dimakan dengan sos cili, bawang goreng dan pulut tanak. Hati dan mempedal goreng boleh dipesan berasingan.










Saya sempat berposing dengan seekor kasawari (yg nampaknya sporting betul...). Bersama putera & puteri2 di hadapan Banjaran Nakawan, di mana terdapat daya tarikan terbaru negeri Perlis iaitu Gua Kelam 2. Sebuah keretapi terbuka membawa 20 penumpang sedalam 400 meter melalui gua sehingga ke bahagian terluas di mana, pada zaman dulu, giat dijalankan aktiviti melombong bijih timah. Gua Kelam kira2 20 minit perjalanan dari Padang Besar.







Arked membeli-belah di Padang Besar, Perlis. Kebanyakan barang2 yg dijual adalah dari Thailand seperti kain-baju, makanan ringan, barangan kulit, periuk-belanga, aneka plastik, permainan, beg, kasut & pelbagai jenis kerepek, beras pulut, pulut hitam dll. Harganya pada musim cuti sekolah, tentulah meningkat. Jalan sempit di hadapan gerai menambah kesesakan. Pemandangan ladang getah di pedalaman. Dikatakan kini sesetengah penoreh getah (bergantung pada keluasan ladang) mampu memperolehi hampir RM1K sehari...?

Post a Comment

Salam sayang buat Kak Norz. Seronoknya berjalan mesra bersama keluarga tersayang.

salam kak lina...
N3 nie, mesti "Kasawari" suka kan, sebab ada "teman2" dia di sini....

salam kaknorz, kabare? oh rupanya org menghilang ni pi dating ngan kasawari. Sesakli beriadah dapat gak keluarkan asap dalam kapala kan??? :D

hahaha...ni betui2 kasawari...ape la mat ni...norz mkn k masa kat sana? hehe...jun pernah ade org bg telur dia...iskkkk, beso giler...dah la nak kna ketuk bagai nak bukak..dah goreng x sanggup nak mkn..wahahhaha....satu biji telur tu, satu pot isi dia...hehe

waaa.. perlis mari.. hehe

abang long >>
Kebetulan balik kpg rumah mertua di Perlis, ambik peluang jenjalan.

mat gebu >>
Lama dah kasawari tak ke mari. Hrp xde kena-mengena ngan n3 nii.

nina suria >>
Keluarkan asap dlm kepala? Hehe. Tambah berasap bila balik baru betul...

jun >>
Nak goreng telur sebesar tu, kena guna kawah baru REAL. Apa rasanya, eik? Macam telur ayam ker? Kalau buat kek 4 buku, guna 1 biji telur kasawari...baru haru!!

junaidix >>
Sambil menyelam minum air, hehe. Jom pi sana, boleh lepak2 kat kpg abang deri.

Beep Beep.. Kasawari yang real datang.. dah datang sini.. tapitak perasan entri yang ini.. he he..

aduhai..serenokya jumpa Kasawari.. ermm.. kalao kat sini.. kat susah nak cari KAsawari kecuali di Jalan Kasawari 7.. he he