0
9. Cara menghantar manuskrip
Terpulang pada jarak tempat tinggal anda dengan pejabat Penerbit.
9.1 Datang dan hantar sendiri dengan tangan
9.2 Kirim dengan Poslaju/DHL dll
9.3 Membuat temujanji untuk bertemu Editor (hubungi melalui telefon terlebih dulu) di Pesta Buku, contohnya atau di pejabatnya atau di mana-mana tempat yg sesuai
9.4 E-mel kepada Editor (hanya untuk novelis tertentu yg tinggal di luar negara, misalnya, atau penulis tidak dapat menyerahkan sendiri atas sebab2 kesihatan, contohnya)

10. Surat penyesahan penerimaan
Sediakan 2 keping Surat Pengesahan Penerimaan. Satu untuk simpanan sendiri, satu untuk diserahkan pada Penerbit setelah ditandatangani oleh orang yang menerima manuskrip tersebut. Ia adalah BUKTI BERTULIS antara novelis dan Penerbit. Dengan adanya bukti tersebut, Penerbit tidak boleh menciplak karya atau menerbitkan secara senyap-senyap (selepas menukar nama novelis) tanpa memberikan bayaran pada novelis.

11. Langkah seterusnya
Prosedur setelah selesai menulis.
11.1 Baca semula, semak ejaan
11.2 Berikan pada rakan baik untuk dibaca (seelok-eloknya, 150 mukasurat
pertama) untuk mendapatkan pandangan/rumusan atau penyudah novel
yang lebih mantap atau sesuai
11.3 Print seluruh manuskrip, binding, cover berkertas keras yang lain (plastik atas sekali)

12. Bila ada perubahan pada manuskrip
Editor akan memanggil anda ke pejabat atau menelefon untuk berbincang. Dia mungkin
akan cadangkan perubahan atau pengolahan semula. Apa perlu anda buat?
12.1 Bincang jika anda rasa, anda di pihak yang benar (merujuk pada novel)
12.2 Lakukan sebagaimana yang dipinta
12.3 Jangan ambil lebih dari 7 hari untuk membuat perubahan/rombakan atau
pemotongan jumlah mukasurat (jika didapati terlalu panjang, setelah lay-out dilakukan oleh Editor)

13. Perjanjian
Adalah sama untuk SEMUA NOVELIS yang bernaung di bawah Penerbit tersebut
kecuali novelis sendiri berbincang untuk jumlah yg berbeza. Jika sebuah novel ditulis
oleh 2 atau lebih penulis, perjanjian termeterai di antara mereka dan tiada kena-
mengena dengan Penerbit.
13.1 Baca dengan teliti serta fahamkan terutama tentang ROYALTI
13.2 Tentang HAKCIPTA, berapa tahun dipegang oleh Penerbit
13.3 Bagaimana pula untuk terjemahan, jika novel dijadikan filem atau drama?

14. Perhubungan dengan Editor atau Penerbit
Adakah sebagai rakan semata-mata ataukah bersikap profesional?
Ataukah penulis harus menjadi sahabat akrab dengan Editor dalam usaha untuk saling memahami supaya tiada masalah akan berbangkit dengan manuskrip yg lain?
Ingatlah, ada garis halus menjadi pemisah di antara profesionalisme atau menjalin sebuah persahabatan menurut sentimen semata-mata.

Post a Comment