21
Temujanji pertama saya dengan Noh dari Johor Baharu (dalam usaha membuat penyelidikan perihal dunia mistik & kejadian aneh) di Zoo Negara baru-baru ini rupa-rupanya mengukir pengalaman "manis" saya bertemu dengan seekor ular jenis Yellow Albino Burmese Python! Geli? Hehe, tidaklah...ngeri sikit, adalah.

Inilah close encounters pertama saya dengan ular yg besar (& berat!). Badannya dingin, sepasang matanya merah, sisiknya licin dan berkilat dan corak putih-kuningnya begitu cantik. Waktu saya memegangnya, saya dapat rasakan pergerakan kecil otot-ototnya dari hujung ekor sehingga ke kepalanya. Python ini sangat "jinak" dan kepalanya bergerak perlahan-lahan ke serata arah.

Semasa meninjau bahagian reptilia di situ, saya sempat melihat anak-anak ular yg diletakkan di dalam bekas plastik. Ada ular yang terlalu bisa ditempatkan di dalam bekas yg gelap. Ada juga ular yg menyembur racun (jelas kelihatan bekas racun pada dinding kaca). Dan dua ekor ular tedung hitam yg diam di dalam sebuah sangkar suka 'menyorok' di tempat gelap.

Tahukah anda bahawa penyebab utama kematian ular adalah sembelit? Ini adalah kerana ular jarang minum air. Jika ular tak makan selama 2-3 hari, petugas terpaksa menyuapkan makanan ke mulut mereka! Ada juga tempat khas menetaskan telur ular. Paling saya ingati, tempat ular itu agak berbau dan di beberapa tempat tergantung kulit-kulit ular yg sudah kering...

Post a Comment

dah tahu rahsia ular ni.. mesti novel akan datang.. ada berkaitan ular.. hehe

iskkkk...x sanggup la norz..hehhee

muzri >>
Mungkin juga, sempena 'pertemuan' tersebut, hehe... Hendak menjinakkan ular, "terjinakkan" seorang gadis. Apa macam?

jun >>
Ular jenis ni 'slow-motion', so, tu yg takpe. Pengalaman menarik tapi kalau geli-geleman..jangan, nanti ular tu panik. Jom kita hug, tak payah hug ular, kann...Jun?

minta ampun,
kak sy amat2 geli dgn ular dan spesis sewaktu dengannya..

Saya tak sanggup untuk menyentuhnya.Tidakk..teramatlah gelinya

mrs.sheikh >>
Nampaknya ular 'pemenang' binatang yg paling digeli oleh wanita. Akak pula geli cacing...hehe.

cikgu panji >>
Mulanya saya pun geli & suspens tapi rasa rugi pula kalau tak cuba at least sekali...the experience ok laa. Time otot2 ular tu bergerak aje yg rasa geli kat bahu ngan tangan...ekekeh.

aku tengok hg pegang pun rase nak pitam.. :(

suruh pegang??adehh tak cukup tanah aku larikk..

katak..lagi aku takut compare ngn ular..

ular boleh tahan..tapi yg paling saya geli..ulat bulu..larik!

karang cepat, idea meletup tuh.. hehe.. menjinak ular, tapi yang terjinak seorang gadis.. wow.. terbayang, tgh imagine ni

akakkkkkk...yani tak sanggup nak pegang ular itewwwww...geliii...larikkkkssss... :-p

eeeeeeeeeeee , kakmOn lak rasa geli semcm, rasa kembang kepala pun ade.. hisyyyyy tabik toink kakmOn

p/s selamat hari jadi kaknorz, ari ni kan?? dan selamat hari ibu. Semoga menjadi isteri dan ibu yang senstiasa dihati

Kepada anda yang kena tag: Jawablah sekiranya anda mahu ( kerna aku tak memaksa...). Sekiranya sibuk dengan tugas-tugas abaikan sahaja. Minta maaf kerana anda orang yg istimewa, yang telah aku tag.

ceritakan:
story 7 things about myself.

selamat menjawab!!1

erm..berani gak pegang ular yea..sy nih msh fobia bin geli geleman gentleman!

salam..kalau saya sure demam..ahaks...kak norz..salam hari ibu..semoga di berkati selalu

saya cukup ngeri dan geli dengan ular.. hahhaaa.... tak sanggup diupah dengan apa sekali pun nak mendekati repltia ini...

eee lama ke kaknorz pegang ular tu ??...eee tattott

boleh la buat persamaan orang yang kena sembelit dengan ular lepas ni.

berbelit macam ular?
bukan..
sembelit macam ular..

haha

wah.. beraninyer norz pegang ular tu.. sy sekadar usap2 tu bolehla.. tp nak letak dibahu gitu rasa cam ngeri juga.. yep.. dok imagine bila dia bergerak mesti terasa otot2 badannya & sisik2nya menyepit2 pd badan kita.. hehe..