13
Genap setahun yg lalu, saya bercuti ke Bali bersama Lily & Saadi. Memang menarik pengalaman pergi bertiga saja. Tambang kapalterbang RM400, sewa van (termasuk supir) untuk berjalan2 ke seluruh Bali RM300. Makan, membeli belah terutama ukiran kayu & lukisan memang murah. Namun mesti berhati-hati kerana terdapat peniaga makanan yg tidak Halal (walau nampak seperti Melayu).











Pantai Jimbaran yg amat mempesonakan di kala senja. Boleh pesan makanan laut sambil menikmati pemandangan matahari tenggelam. Lauk-pauk Nasi Padang yg banyak betul pilihan. Kita ambil semua dan bayar apa yg dimakan saja.










Tanaman padi di kawasan lereng bukit-bukau (Ubud). Jalanraya di Bali amat sempit dan banyak van. Jadi, perlu pemandu tempatan yg tahu selok-belok kawasan. Saya di anjung restoran yg menghadap gunung berapi (Kintamani). Bahagian hitam di kejauhan itu adalah lahar yg pernah dimuntahkan oleh gunung tersebut. Di sebelah kanan ada tasik yg membiru airnya. Memang indah!










Gunung Kawi di mana ada tempat ibadat atau candi Hindu-Bali yg besar. Semua yg masuk ke situ perlu mengikat seutas kain berwarna merah di pinggang mereka. Kawasan pinggir Tanah Lot dengan temple yg dibina pada kurun ke16. Bila air laut pasang, kawasan sekitar ditenggelami air. Banyak gerai menjual cenderahati di kawasan ini.










Upacara keagamaan di mana semua yg mengambil bahagian berpakaian putih. Orang2 Bali sangat taksub dengan pemujaan semangat dan di mana-mana kawasan perkampungan yg dilewati, pasti ada upacara sebegini. Pemandangan indah di pinggir tasik yg berlatarbelakangkan kawasan gunung yg hijau kebiru-biruan menjadi kunjungan ramai pelancong.


Post a Comment

laila kamilia >>
Jommm...rombongan Cik Kiah.
HAHA. Mesti gempaq,kan?

Uii Kak Norz ,

Cik Kiut (Pokcik kiut) ni pon nak gii jugak.. hik hik

huahuahuahua...akak...yani nak iutttttt...akak gi rombongan alaf 21 ker???? bestnyer...apa² pun akak memang vogue gitu...muaaaahhhhsssss

mersik >>
Pokcik kena makan vitamin banyak2 mulai sekarang sebab nak berjalan kaki jauh menyopping, ahaks.

angriani >>
Bukan rombongan Alaf 21, kami saja2 pakat sendiri2..sambil cuti cari ilham untuk novel.. Meriah gitu. Kalau Yani nak itut kena bawak Mat6 satgi dia merajuk. Hehe.

bali memang mempesona. satu tempat lagi yang jarang orang pergi. Loloan. Kawasan orang berasal dari Trengganu..

assalamualaikum...
tidak salah ibu, bali memang alam nya luar biasa....
salam kenal dari jakarta...

divahantu >>
Tentu banyak kenangan masa di sana, loh. Tiga tahun, kan?? hehe.

neeziee >>
Memang mempesonakan. Memang rasa nak pergi lagi, ahaks. Pertukaran matawang murah, tu yg jadi 'jutawan' sekejap.

fanani >>
Terima kasih kerana sudi singgah. Ya, Bali bukan saja kaya dengan budaya yang tak terusik oleh unsur2 luar tapi juga senibina candi sangat indah. Itu belum lagi berbicara tentang makanan yang enak2 belaka..

Salam kaknorz..amboii cuti2 jauh rupanya..bestnya bersantai sakan kat sana, mst byak bawak balik souvenir nih!! Hehe..x sarat kargo ke kaknorz.. :D