8

Seronok bertemu Dangsuria dalam WW di Astro Awani (channel 501) jam 11.45 pagi tadi. Kami menyentuh tentang buku RAHSIA DAPUR yg mengandungi lebih 300 soalan masakan yg dikemukakan oleh forumer ke laman web Alaf 21. Dangsuria mengupas perihal novel MENANTI KASIH yg kini sudah berada di pasaran. Saya juga sempat menguar-uarkan berkenaan Kuiz yg sedang berlangsung di blog saya sehingga 30 Jun 2008.
Saksikan siaran ulangan rancangan ini pada jam 4.50 ptg (rabu, hari yg sama) atau jam 6.50 pagi (esok, khamis). Terima kasih jua pada yg sudi menonton!!




Post a Comment

Salam Kak Norz.
Dalam byk2 karya Kak Norz, sy rasa Menanti Kasih adalah yang ter'best'. Ini pendapat peribadi. Satu lagi, macam mana saya nak tahu sama ada jawapan kuiz saya telah memasuki peti emel Kak Norz atau tidak . Ini adalah kerana pada 3 Mei 2008 yang lalu saya ada menghantar jawapan kuiz tetapi sampai sekarang masih tak dapat feedback .

Ila >>
Salam kembali. Thanks kerana seronok baca MK. Akak akan hantar balasan secepat mungkin pada semua yg kirim emel.

Kak Norz,

Tadi, sesudah subuh ada menengok ulangannya.

Wahh.. K Norz sekarang, sudah semakin matang dan mesratiwi gitu. Tak nampak pun kejanggalannya. Cakap pun penuh keyakinan dan sentiasa ceria.

Dan tak lupa.. anggunnya tetap maintain kekek.

Tahniah buat Kak Norz and gud luck for any of ur coming projek..

Yihaa...

X dpt tgk pun..huhu

Knp K.Lina nampak pucat dlm pic tu? Exhausted may be...

Take care k!

mersik >>
Wakaka. Time nak angkat2 tangan tu, teringat pesan mersik dulu2 masa dlm rancangan motivasi pagi di TV3.
Mesratiwi tu istilah yg kelako nyer!!

intan rosnitta >>
BUkan pucat tu, kasi photoshop putih sket, hehe. Mekap kat AAwani pun x begitu menyerlah, x mcm kat studio lain...natural-look gitu.

salam...
bertuah kak...
saya nih bilalah astro nak panggil.....

pestaim tengok WW live. nasib baik tht day kena exam pagi.. so sempat la menjengah 501. dulu masa Rose Harissa sy tengok yang ulangan jer yang sesudah subuh tu la.