0
Hotel Mines Palace Beach and Spa memang mewah. Bersesuaian dengan nama 'palace' yg tersisip. Jam hampir 9.45 mlm tika saya menjejakkan kaki ke lobi hotel yg keseluruhan lantainya daripada kayu, berperabot jati, berdekorasi cengal dengan lukisan2 menarik dan rimbunan anggerik segar mewarnai beberapa sudut. Pemandangan malam cukup menawan, panorama amat mendamaikan dan suasana sangat romantis.










Di situlah saya bertemu mrs.sheikh buat kali pertama. Dia datang dari Labuan untuk berkursus. Kami sempat bertukar-tukar cerita tentang rakan2 di blogosfera. Mrs.sheikh agak pemalu juga orangnya, hehe. Apa yg mencuit hati saya, dia telah meminta anak saudaranya datang ke Pesta Buku membeli novel saya. Dalam perkiraan saya, dialah blogger pertama yg 'memiliki' novel tersebut. Terima kasih atas sokongan.

Post a Comment