4
Ada 14 perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap novelis. Ia seharusnya menjadi panduan dalam mengejar cita-cita menjadi seorang novelis yang berjaya. Kejayaan seseorang novelis, sebenarnya tidak hanya bergantung pada bakat, cita-cita, kesungguhan dan peluang tetapi juga nasib. Ingatlah bahawa impian adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai.

1. Format penulisan
1.1 Bab
- bermula dari 1
- bermula dengan Prolog / berakhir dengan Epilog
1.2 Mukasurat pertama bab
- kedudukan Bab
- kata-kata atau ungkapan khas (tajuk selepas bab)
- permulaan teks
1.3 Pemilihan font
- paling biasa: Times New Roman
1.4 Langkau 1.5 atau 2 baris?
1.5 Nombor mukasurat
- di bahagian tengah, bawah atau tepi kanan
1.6 Binding (yang mudah dibaca/dibuka)
- lazimnya, comb bind

2. Memilih tema
Bergantung pada sasaran pembaca yang boleh dikategorikan sebagai:
2.1 Kanak-kanak
2.2 Remaja (sasaran umur 13-18)
2.3 Remaja lepasan sekolah (unsur cinta, misalnya)
2.4 Umum (tentang famili, masalah keluarga/harta dll)
2.5 Berat (politik, ideologi, sejarah, keagamaan dll)
2.6 Dewasa (tidak sesuai remaja dll)

3. Penerbit buku :
Bergantung pada tema yang anda pilih di atas. Sesetengah penerbit hanya menerbitkan novel bertema tertentu. Beli dan baca novel yang dikeluarkan oleh penerbit tersebut sebelum membuat pilihan.
3.1 Penerbit tersohor
3.2 Penerbit baru
3.3 Penerbit yang disyorkan oleh rakan
3.4 Penerbit yang menganjurkan Peraduan Menulis Novel

4. Apa itu kajian atau research?
Sangat penting untuk meyakinkan pembaca bahawa anda menceritakan yang sebenar, bukan hanya berdasarkan angan-angan atau imaginasi semata-mata.
4.1 Sediakan ‘Workbook’ iaitu buku latihan berkulit keras
4.2 Senarai ‘Contacts’ (no.tel, e-mel)
4.3 Laman web di internet (website addresses)
4.4 Buku-buku rujukan di perpustakaan
4.5 Keratan akhbar/majalah
4.6 Catatan masa/tempat jika ada temujanji

5. Membina cerita
Merupakan ‘tulang belakang’ sesebuah novel. Ia boleh dirombak beberapa kali mengikut kesesuaian. Menjadi ‘panduan’ penting bila mula menulis novel iaitu mengelak dari ‘terbabas’ atau novel menjadi melalut.
5.1 Rangkakan, 1 bab = 8 mukasurat
Jadi, 60 bab = 480 mukasurat
5.3 Adjust mengikut kesesuaian episod

6. Kepentingan date-lines
Setiap novelis mempunyai pelbagai komitmen. Buat jadual mengikut kesesuaian tersendiri dan masa yang mampu diperuntukkan. Ini sebagai panduan:
6.1 Jika mampu menulis sehari 10 mukasurat
Jadi, 500 mukasurat = 50 hari (kira-kira 2 bulan, tolak 10 hari ‘santai’)
6.2 Jika mampu menulis pada hujung minggu sahaja; 50 mukasurat
Jadi, 500 mukasurat = 10 hujung minggu = 2½ bulan
6.3 Menulis ketika cuti semester (penuntut kolej, universiti). Mungkin sehari boleh
10 jam menulis?

7. Hilang tumpuan?
Dikatakan sebagai ‘Writer’s Block’ iaitu hilang tumpuan atau semangat. Ada pelbagai cara untuk mengatasinya. Sebagai contoh:
7.1 Membaca buku-buku ringan atau berunsur lucu
7.2 Menonton filem yang berbeza atau sama plotnya
7.3 Mendengar muzik yang mententeramkan perasaan
7.4 Bermain komputer games atau beriadah, bersukan (tidak terlalu memenatkan)
7.5 Sembahyang sunat dan berdoa semoga mendapat ilham
7.6 Anugerahkan diri sendiri setiap selesai menulis 10 atau 20 bab

8. Menjamin manuskrip selamat
Langkah penting yang tidak boleh dipandang ringan. Ini adalah untuk mengelak daripada manuskrip hilang bila komputer rosak atau terkena virus.
8.1 Save sekerap yang mungkin semasa menulis
8.2 Cetak selepas setiap 10-15 mukasurat
8.3 E-mel manuskrip ke beberapa alamat sendiri (yahoo, gmail, office)
8.4 Cadangan fail untuk manuskrip. Bagi setiap 100 mukasurat, simpan di dalam fail berbeza (mudah untuk die-mel sebagai Attachment)
8.5 Save di dalam CD/pen-drive

Post a Comment

adeiiii...dalam fikiran ada gaks terpikir nak wat novel atau koman pun cerpen...tp tak sempat laa kak...yani ni asyik bz laaa...byk nar tugas² yg perlu diselesaikan...bulan depan laks audit dalaman MS ISO 9001:2000 akan dilaksanakan...lg laa bz...:-(

p/s: caaayang kat kak norz...

Salam sayang kak norz! Satu lagi tips yg sgt bagus, ds tak jemu membaca tips spt ini.. n akan panjangkan kpd ssp saja yg ingin mencari tips.. terima kasih byk2!

Assalamualaikum,

Kak Norz memang kelas! Terima kasih ya kerana berkongsi ilmu dan pengalaman di sini. Terima kasih, terima kasih...penulis heavyweigth! (Heavy pada bakat dan sambutan buku, body tetap slim... :)

Salam Kak Norz,
Tips yang menarik untuk dipraktikkan. Writer's block tu memang ancaman untuk para penulis. Kadang satu lagi masalah ialah hilang tumpuan. Bila nak siapkan manuskrip baru, timbul pula idea-idea untuk manuskrip yang akan datang. Kelam-kabut dibuatnya.