0









Sabtu (19 April 08) berlangsung sambutan Ulangtahun ke-3 MSJBOX. Junaidix (bos) memotong kek berbunga biru sempena birthday dalam bulan April. Bergambar ramai2 satu kemestian selepas usai majlis kira-kira jam 5.15 ptg.










Kek marble butter berbunga merah, kek chocolate moist berbunga biru & kek sponge strawberry berbunga hijau. Longgokan cenderahati untuk acara bertukar2 hadiah. Semangkuk mi kari yg ermm...(memang susah la nak citer pasal 'tekak' chef ni sukar dipuaskan, hehe...)










Pemandangan interior Restoran Tupai-tupai dengan lantai kayu beratap zink (di sesetengah tempat). Suasana persekitaran redup dgn pokok2 rendang dan sesekali terdengar bunyi unggas hutan di celah2 dedaun merimbun. Namun pagar di sekeliling restoran (kawasan menganjur ke hutan) rasanya tidak begitu selamat untuk kanak2 kecil.

Sambutan Ulangtahun ke-3 Msjbox ni sesungguhnya, meriah! Saya juga sempat sign beberapa buah novel 'Menanti Kasih' yg dipesan oleh teman2 bloggers. Ia mengukir sebuah lagi kenangan indah bagi saya dalam dunia blogosfera. Tahniah buat semua yg sporting menjayakannya terutama event manager, hehe...

Post a Comment