12

Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.

Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel...satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...

Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lamaran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang disayangi datang membersihkan luka di hati?

Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.

Post a Comment

lucky farhana..kalo tambah nur jadilaa my precious.. :)


norz..mcm best jer ni..mmg best pungggg kann..:p

yaniiiii!!!! cptttt ko balik sini lepas beli buku ni ekk..**jerit kuat2 kasi dia dengar**

~ hugs n kises ~

ermmmmm kisah cinta yang sudah pasti diharapkan berkahir dengan kegembiraan kannnnnnnnnnn ;)

wah tahniah!
nanti saya cari waktu pesta...

Hu huu.. nampaknya ke Itali lah kita kali ni ek?

Apa2 pun tahniah daun keladi pada kak Norz , semoga buku terbaru ini akan mendapat sambutan yg bagus banget serta laku keras.

Semoga terus berusaha. Jumpa di Pesta buku ya.. yihaaaa

gambar cover depan tu kat VEnice kan?
hehehe... mcm pernah tgk jer permandangan tu...

kak..
sy ada minta tlg anak sedara sy
belikan kat KLIBF tu..
ntah dpt ke idak dia beli kan kak...
tak sbar nak tau cinta hati farhana..

Wah kasawari dan lina pun tak sabar nak mendapatkannya ni.. jauh sampai ke itali kami nak cari MENANTI KASIH ni.. he he... pastu leh cari sebijik dua kereta ferrari.. he he beep beep..

SECURITY CENTER: See Please Here

salam kak norz..

semoga novel MENANTI KASIH mendapat sambutan hangat..lama betul x baca novel..
:)

huhuuu..
mesti bes kan.. kat sini lah ada watak hajah ku jie kan..hehhee

Salam sis...

Tahniah atas pelancaran buku baru sis tu. Dah beli dan dah siap otograf lagi. It was really good to meet you in person. Happy sangat-sangat hari tu. Dah cakap kat adik, first thing, I must get that book and I must try to meet the authour in person. Alhamdulillah keinginanku dimakbulkan... Do keep in touch ya... muahhh.... *BIG HUG*
p/s : And your cookies pun sedap. Crunchy! Yummy yummy....

auchakkk... menanti kasih... huhuhu... nice title...