10
Foto kenangan sempena gathering di Restoran Tupai Tupai.


Buku saya 'Rahsia Dapur' dimenangi oleh Sheda (diwakili anaknya yg comel tuu..). Saya terima buku 'Forbidden' karya Tori Carrington dari sodep. Bertukar2 hadiah yg merupakan bahan bacaan adalah sesuatu yg bagus untuk menambah pengetahuan...syabas pada msjbox!


Junaidix menyampaikan hadiah untuk pemenang Pakaian Wanita Terbalik...oopss, terbaik. Saya & Kasawari (Pakaian Terbaik : Lelaki) berposing untuk majalah Fashion, hehe...

Post a Comment

salam, tak sangka hadiah tu dimenangi oleh seorang penulis novel yg memakai baju terbalik..haha

nak tanya..kalau nak start menulis novel..brape kos dia ya? atau kita just hantar karya dekat mana2 sykt?

norZ,
wah, wah, wah!...
apa jua acara masuk pun mesti menang!

apa rahsia?

salam kak norz, restorai tupai2 ni dlm utan ka?? nampak ijau dan damai, tingat lak restoran kat Mulu Sarawak yg dikelilingi ngan utan tropika dan sungai yang jernih mengalir laju :)

syamsulariff >>
Bergantung pada jenis novel. Jika memerlukan banyak research, mungkin perlu membeli buku2 untuk dijadikan rujukan. Jika info boleh didapati di internet, kosnya mungkin hanya perlu melayarinya. Beli kertas, dakwat printer dan binding, itu saja "modal" yg perlu. Pilih Penerbit yg anda percayai "tulus" dan akan membayar royalti tepat pada masa yg dijanjikan. Sesetengah Penerbit hanya menerbitkan buku bercorak tertentu jadi, jika inginkan layanan sewajarnya, pandai2lah memilih Penerbit. Slmt maju jaya!

m a sabu >>
Mana ada rahsia? Hehe, mungkin nasib menyebelahi. Yg penting, mungkin, jangan mengharap akan kemenangan itu...maka kehadiran yg tidak disangka itu lebih manis.

nina suria >>
Bukan dlm hutan (yg tebal) tapi di tengah2 kota berdekatan Rumah Pena (area Dewan Bahasa & Pustaka). Memang damai tempat tu, sedikit macam tempat yg kita pergi lepak2 selepas ke Tamu tempohari... Easily accessible sebab right in the city. I think the steamboat is worth trying, kut..(speciality tempat tu, kalau tak silap..)

tahniah! pemenang pakaian terbalik.. ooops!! terbaik.. memang layak menang pun & thanks for everything

macam mana agaknya masa awak mula2 nak berkecimpung dlm penulisan novel ni? mesti banyak onak dan durinya.. zaman sekarang ni corak penulisan yang macam mana digemari? adakah cerita pasal cinta atau perkisahan remaja sahaja?
http://idham-xpression.blogspot.com

Terbaikdan terbalik..he he...
apa pun Kak Norz sentiasa ramah mesra nya sesangat.. he he..

Seronok jumpa Kak Norz.. makan semeja.. bila lah agak nya nak makan semeja dgn Bro Deri tu.. he he