0
Pada 26 April 08 yg lalu, buat kali pertamanya saya menjejakkan kaki ke Surau Al-Furqan, Puncak Alam. Pemergian ke sana atas jemputan untuk menyampaikan ceramah berkaitan Tips Masakan Untuk Keluarga - Halal, Berkhasiat serta Uumph!! Seramai lebih 40 org muslimat hadir. Ramai yg mengusulkan pelbagai soalan terutama perihal memilih bahan halal untuk membuat kek, keju, bahan perisa makanan (contoh, Ajinomoto) produk keluaran syarikat tertentu dll. Mereka juga berpeluang membeli buku2 masakan yg saya bawa.

Antara maklumat terkini yg saya ingin kongsi: Kini ada perkhidmatan sms bagi menentukan sama ada sesuatu produk itu halal atau sebaliknya.
(1) Taip HALAL
(2) Jarak, diikuti nombor kod barang (barcode)
(3) Hantar ke 32728
(4) Jawapan yg mungkin: Sijil Sah/Sijil Tamat Tempoh/Tiada dalam Senarai

Jika bahan sudah dipek oleh pekedai, contohnya, krimwell, minta untuk melihat packaging asal. Anda akan dapati senarai bahan dan logo Halal dari JAKIM (yg sah mengikut spesifikasi)sekiranya produk dibuat di Malaysia atau logo Halal negara pengeluar (Australia, German, China, Thailand dll). Produk 'Sijil Tamat Tempoh' tidak bererti tidak halal kerana kadang2 mengambil masa untuk mendapatkan kelulusan. Sijil sah selama 2 tahun. Anda boleh lawati http://www.halal.gov.my/ atau http://www.halaljakim.gov.my/ untuk senarai produk halal, juga persoalan berkaitan.

Tahukah anda bahawa bukan semua restoran Chicken Rice Shop yg halal? Jadi, perhatikan Sijil Halal (yg dipamerkan) sebelum menjamu selera...Hanya Ajinomoto keluaran kilang di Jln Kuchai Lama yg mempunyai Sijil Sah.


Post a Comment