8
Kuala Lumpur International Book Fair di PWTC sungguh bermakna bagi saya pada tahun ke 7 ini dgn terbitnya novel MENANTI KASIH. Ramai bloggers yg rajin bertamu (atau menjadi silent reader selama ini) beramah mesra & bertegur sapa. Suasana cukup teruja bila kami berbual2 hal berkaitan blogging & bagaimana pertemuan di alam siber akhirnya menjadi realiti di alam nyata.

Sesungguhnya saya benar2 berterima kasih kepada semua yg sudi datang & mengabadikan kenangan di samping mendapatkan novel hasil karya saya. Bagi semua yg tinggal jauh, ucapan selamat dari kalian akan tersemat dalam sanubari selagi hayat dikandung badan. Bak kata pepatah, Jauh di mata tetapi dekat di hati.

Tanpa pembaca, siapalah penulis? Inilah dunia kecil kita yg saling memahami dan sama2 mempercayai kerana novelis adalah manusia biasa yg hanya ingin berkongsi sedikit ilmu yg dikutip daripada dunia sekeliling. Yg mana baik dijadikan tauladan, yg sebaliknya dijadikan sempadan.

Kenapa hanya bloggers tertentu mempunyai "watak" di dalam novel ini? Bagi mereka yg mungkin tertanya-tanya, ketahuilah bahawa bloggers yg tersenarai itu telah memainkan "peranan" sewaktu saya sedang menulis novel tersebut. Bagi yg telah memasukkan URL masing2, bolehlah lihat di dalam ruangan Penghargaan. Akhir kata, semoga terhibur di samping mendapat manfaat setelah membaca MK kerana ia memberi pengertian yg berbeza pada dimensi bernama blogosfera!

Post a Comment

terima kasih juga buat kak nOrz~
semoga akak sukses slalu, ok.

Gg ingat buleh la g gath msjbox nnt,
siap beli buku tuk xchange gift lagi..
tapi bila balik td bru prasan,
mggu tu Gg pegi camping kat taiping..
uwaaa~ ingat buleh ekot kali ni...
xde rezeki nmpaknya..

gg >>
I m sure boleh turut serta lain kali..MSJBOX rajin buat gathering. Apa2 pun akak gembira dpt jumpa gg di BF tuu.

kak lina.. thanks.. cookies sdap!! nyumm nyumm..

Salam Kak Norz , hu huu kite pun nak menegur jugak.. tapi, malu aaa.. hik hik hik

(Sambil jeling2 cookies bwh meja ) hik hik

raaaaaamaaaaaaaaiii gila masa book fair aritu. sudahnya balik camtu je. :(

akak ada sampai bila je kat situ kak?

rinn >>
U r welcome. Moga ia sesedap novel MK, hehe

mersik >>
Adess...cian ler. Nti akak suh bagi kat Dol Leman, eik?

cepotet >>
Akak ada sabtu & ahad from 10.30 am till 6 pm. Lunch/solat time 2.30-4 pm. Harap dapat jumpa...