12
Jika tetamu datang tiba-tiba dan anda hanya ada setin sup cendawan, tuna mayonis dan sepaket spaghetti, apakah masakan yang boleh anda sediakan dalam masa lima minit? Jawapannya, resepi spaghetti yang cuma mempunyai empat langkah!

Pilihlah spaghetti jenis angel hair yang halus seperti bihun. Rebus dalam air banyak bercampur sedikit garam dan minyak masak. Bila ia lembut tetapi masih al dente atau ‘rangup’ dan tidak terlalu lembik bila dikunyah, tuangkan ke dalam penyejat. Gaul dengan 1 camca besar minyak supaya ia tidak melekat. Kemudian bahagikan ke dalam pinggan untuk individu.

Langkah pertama adalah mencairkan mentega. Pastikan apinya perlahan saja. Ini akan mengelak daripada mentega menjadi hangus. Sebaik-baiknya, gunakan periuk kalis lekat atau periuk kaca. Bila mentega cair seluruhnya, masukkan tepung dan kacau tanpa henti hingga sebati. Jangan sesekali membiarkan ia perang atau terlalu garing kerana ini akan mengurangkan kesedapan kuahnya. Seperkara yang mesti diingat, mentega tidak boleh digantikan dengan marjerin.

Seterusnya, masukkan campuran susu, air, sup dan tuna. Jika anda hanya masukkan susu dan air, ia akan menjadi sos putih atau Bechamel Sauce. Sos putih adalah salah satu jenis sos asas untuk pelbagai masakan Barat. Contohnya, lasagne iaitu kepingan pasta berlapis daging dan sos bertomato. Jika dimasukkan keju parut, ia menjadi sos keju dan boleh digaul dengan sebarang jenis pasta.

Sekiranya anda ingin mengurangkan rasa lemak di dalam sajian ini, gunakan susu rendah lemak. Satu cara lagi adalah mencampurkan 100 ml susu segar atau susu UHT dengan 325 ml air. Untuk menyedapkan sos ini, boleh juga gunakan air rebusan ayam atau campurkan sedikit stok ayam ke dalamnya.

Jika tidak sukakan tuna, boleh diganti dengan sardin atau mackerel dalam tin. Jika sardin di dalam sos tomato, sejatkan dulu sosnya. Hancurkan sardin dan masukkan ke dalam sos putih bersama sup cendawan. Jadi, banyak kegunaan sardin selain daripada dibuat sandwic dan sambal, bukan?
Selain daripada sup cendawan biasa, boleh juga gunakan sup cendawan yang ada campuran jagung, makanan laut dan sebagainya. Apa jua hidangan akan menjadi berlainan dengan kreativiti masing-masing. Dada ayam yang sudah direbus dan dicarik juga boleh dicampurkan sekali jikalau menggunakan sup ayam di dalam tin. Taburkan hirisan daun parsli atau daun bawang dan daun sup supaya hidangan lebih menarik.

Daun sup juga dikenali sebagai daun salderi atau Chinese parsley. Usah keliru dengan batang seleri atau celery yang panjang seperti keladi, berwarna hijau muda dan sering digunakan di dalam sup ala Thai. Antara khasiatnya adalah mengurangkan tekanan darah tinggi. Jika dikisar bersama epal hijau dan timun, ia dikatakan boleh menghapuskan sisa toksik di samping menguruskan badan dan mencantikkan kulit.

Manakala English parsley pula berdaun halus, berwarna hijau tua dan dijual berjambak-jambak. Selalunya hanya dijual di pasaraya yang besar kerana permintaan yang lebih tinggi di situ. Ia selalu digunakan dalam masakan Barat dan Italy. Namun begitu ia tidak sesuai sebagai ulam kerana bagi sesetengah orang, boleh mengakibatkan perut tidak selesa.

Oleh kerana kuah atau sos spaghetti ini pekat, ia boleh dijadikan pencicah di meja buffet. Lazimnya, ia dikenali sebagai fondue. Hirisan epal, tomato, kepingan biskut tawar, jejari seleri, kerepek keju, keropok ikan dan lain-lain disusun di sekeliling mangkuk berisi sos itu. Bila hendak dimakan, tetamu boleh memilih mana yang mereka sukai. Kemudian boleh mencicahkan bahan tersebut ke dalam sos atau meletakkan sedikit ke dalam pinggan masing-masing.

Jadi, apa yang boleh anda saji berpandukan resepi sos cendawan bertuna ini tidaklah terhad. Selain daripada menggunakan bahan-bahan asas yang selalunya ada di mana-mana rumah pun (mentega, tepung dan susu), hidangan ini juga sangat mudah dan sedap. Yang penting, ia boleh disediakan dalam masa tidak sampai lima minit!

Spageti 5-Minit
300 gm spaghetti, direbus al dente
40 gm mentega
25 gm tepung gandum
225 ml susu segar
200 ml air
250 ml sup cendawan (dalam tin)
185 gm tuna mayonis (dalam tin)
Serbuk lada hitam, garam secukup rasa
Tomato ceri, daun salad (hiasan)

Cara membuatnya
1. Cairkan mentega atas api perlahan.
2. Masukkan tepung dan kacau 1 minit.
3. Tuangkan susu, air, sup cendawan dan tuna.
4. Kacau hingga mendidih dan pekat. Tambah serbuk lada hitam dan garam.

* Jika suka kuah lebih cair, tambahkan air panas pada langkah 4.

Post a Comment

Kak Lina... nk tanya resepi!
Ari tu sy ada makan kat Garden Cafe..
Anak ikan Kembung di masak dalam aluminium foil. Kuahnya pekat sangat, ala2 mcm berkerisik/opor... rasanya cm asam pedas... errr... tau ke resepi apa tu? nak!

alamak kak lina... ada sambungan...
rupanya mcm sambal, rasanya mcm asam pedas... rasa pedas, masam, rasa belacan yang kuat... sedikit manis...
begitu lah rasanya...
nanti kita bincang kat pesta buku ya?
hehehehe

Haaa.. yang 5 minit ni yang berkenan bebenor ni...

Uii.. sedapnyer.. 5 min saja. Tapi , nampak cam complicated juga tu..

Maka oleh itu, disarankan juga, beberapa bungkus mee segera "meggi" juga perlu ada...

Terutama perasa karii... hik hik

nora >>
Ekk eleh, resipi tu dah keluar dlm Kosmo dua minggu lalu. Nanti akak copy paste kat blog u, Pesta Buku u kena masak & bawak, nak test. HAHA.

mamafami >>
Kalau tabur cheese atasnya, lagi kaww...Xde alasan org2 bujang utk x masak, kan? HEHE.

mersik >>
Mana ada susah? Kasi resipi kat Dol Leman pun dia gerenti boleh punyer, ahakz. Tapi megi kari gerenti akak pun x tolak, hehe, terutama yg ada muka Mawi tu.. opppsss!!

alaaa... kak Lina... manalah sy ni suka membaca... apatah lagi kalau nk membaca kosmo tu... kekekeke...
emel la kat sy... nk kene try buat tu... tp pesta buku kak lina gi ari apa? takut berlainan ari je... selamat ler sy, x yah bg kak lina rasa... hahahahahhahhha

nampak sedap dan senang...:D

nora >>
Belum keluar jadual lagi. Kita tunggu...Kalau berlainan hari, camner nak bawak kek cekelat? Isk isk.

nic >>
Sila cuba, k? Boleh letak sikit rempah kari kalau nak kelainan.

Oh my god, there is really much helpful info here!
bubble skirt | coral dress | paper fans