4
Pada Oktober 2124, ketika menghadiri Konvensyen Angkasa Lepas ke-37, Kapten Qirdan telah diarahkan ke bulan untuk menjalani tugas sebagai wakil Artemis Asia. Dia telah berkenalan dengan Yuhanez, pakar teknologi genetik tumbuh-tumbuhan. Mereka saling jatuh cinta. Hubungan ini mendapat tentangan daripada Dr. Dario yg juga menyintai gadis itu. Zehra pula kecewa kerana cintanya terhadap Kapten Qirdan tidak berbalas.

Setelah berakhirnya episod cemas asteroid akan melanggar bulan, Kapten Qirdan dan Yuhanez melarikan diri ke bumi dan berkahwin. Timbul masalah bila Yuhanez yg dilahirkan di bulan mesti mengambil serum pada hari ke-22 dia berada di bumi. Jika tidak, nyawanya terancam. Apa ikhtiar Kapten Qirdan, sedangkan serum itu berada di tangan Dr. Dario dan Zehra? Bagaimana nasib Yuhanez?

Nota : Saya mengambil masa 5 bulan untuk melakukan kajian terperinci sebelum menulis novel ini. Mulanya ia nampak sungguh sukar tapi bagi saya, inilah cabaran yg saya cari-cari selama ini. Semua fakta tentang perjalanan kapal angkasa ke bulan, gerhana mentari dilihat dari bulan dan fenomena 'tirai emas' setiap kali cahaya mentari menyentuh permukaan bulan adalah seperti yg digambarkan oleh saintis.
Dalam novel ini terselit adegan cemas. Perlukisan romantisnya cukup mulus. Hayatilah kisah cinta 120 tahun yg akan datang...saya percaya anda akan mengalami perjalanan merentas dimensi masa & rasa yg amat menyentuh...!!

Post a Comment

wowowoo harus laa saya mendapatkan nya..

kak,
nak suruh akak sain camner erkk ?/

mikaounik >>
TQ very much. Kalau nak suruh sain, nanti blh bawa bila ada Msjbox function, k?

Kesukaran yang menghasilkan pulangan lumayan. :) Sudah lama beli, tapi tidak habis baca lagi. Suatu hari habisle, tapi entah bila... :)

Sy dh baca 'Impian Terindah'. Watak Kapten Qirdan sungguh macho, mcm Antonio Banderas! Hehe... Anyway,tahniah sbb kak norz dh tulis novel sains fiksyen. Bila kak norz nk tulis novel klasik Melayu pulak? (^_^)